-kenapa-
Kenapa
dia pilih jua kegelapan
apabila dia tahu
yang akhirnya kegelapan tetap
jua akan kalah,
kenapa?
Adakah kerna
dia anggap kegelapan sahaja
yang menerima dirinya
seadanya?
Adakah kerna
dia hanya biasa dalam kegelapan
maka kegelapan saja tempatnya
dia berkurung, bersendirian,
begitukah?
Adakah kerna
dia dah biasa dalam kegelapan
dan dia takut akan manusia
yang tidak tahu apa itu kegelapan?
Adakah kerna
dia selesa dalam kegelapan,
umpamanya,
dia selesa hidup di malam hari
berbanding di pagi hari
yang terang cahayanya?
Ulasan
Catat Ulasan