-yang mana-

Ada yang kata
sakit kerna cinta adalah teramat sakit.
Ada yang kata
sengsara kerna cinta adalah teramat sengsara.
Ada yang kata
cinta itu menyakitkan
apabila pengakhiran lari daripada
sebuah impian yang dikawal rapi
di pagar hati.

Tapi
bagi dia
sakit kerna cinta
takkan bisa kalahkan
sakit kerna ideologi.
Dia pernah jatuh cinta
dan 100% wanita yang dia cintai
tidak mencintainya kembali.
Atau dalam kata mudahnya
dia dari dulu sampai sekarang
hanya tepuk sebelah tangan sahaja.
Walaupun begitu,
dia tetap katakan
sakit kerna cinta
tak kan bisa kalahkan
sengsara kerna ideologi.

...

"Sakit kerna ideologi
teramat sakit menyengsarakan
kerna ideologi
yang aku pegang selama ini
rupanya salah.
Ideologi yang aku suka
rupanya hanya ilusi belaka, semata-mata.
Terasa sengsaranya kalbu
apabila ideologi yang aku
siram agar kembang mekar bunganya
rupanya sekadar pokok yang tidak berbunga
malah makin disiram pokok itu
makin layu ia di dunia sebenar."

Ada yang kata cinta itu sakit
tapi bagi dirinya
ideologi itu lagi menyakitkan
walaupun ia lari daripada logic
apabila dia bandingkan
antara cinta dan ideologi.

Sakit kerna cinta
bisa mengubah manusia
begitu juga sakit
kerna ideologi (s).

Dia
yang dia hendak namanya
dikenali di dunia
sebagai pejuang melawan kekejaman
si dasar pembuat sistem
dan si penurut membabi buta sistem
tiba-tiba memilih bayang-bayang
sebagai empirikal realitinya.

Seorang yang ingin mengubah dunia
menjatuhkan sistem ekonomi kapitalisme
yang dianggapnya sebagai perampas
kegembiraan dunia moden
memilih untuk hilang selamanya
di dunia empirikal masyarakat
sekadar ingin dia menjadi bayang-bayang
akhirnya.

Seorang liberal pencari kesalahan si ahli agama
bisa berubah konservatif pendiam mencari hikmah dalam pengkisahan segalanya
dari kisah terdahulu
dan kisah terkini.

Seorang yang mabuk dalam dunia anarki
kaki melawan segala autoriti
yang dia anggap sebagai penyagak rasional
bisa memilih mencari wine
agar dia bisa mabuk
di dunia keindahan tasawuf.

Seorang anarki sosialis kaki anti kapitalisme
bisa berubah menjadi diam
dan menerima sahaja
segala apa yang telah ditetapkan
tanpa kata, tanpa lawan lagi.

Seorang yang lemas dalam dunia ideologi
berubah mencari puisi keindahan
agar dia bebas lemas di lautan puisi
tanpa timbulnya terlepas
pirana anarkinya.

Seorang yang suka beri pendapat
dalam segala hal tanpa memilih ahli
akhirnya memilih diam sahaja
tanpa soal tanpa jawap
dan tinggalkan segalanya
biar sahaja mereka yang berbuat kerja
sama ada layak atau tidak layak.

Seorang yang sekular
menjauhi kata-kata yang ada kaitan agama
bisa kembali memilih
jalan bukan sekular
mencari seseorang pembimbing
agar dia mendapat keindahan yang dia cari-cari.

Seorang yang tidak rasai indahnya solat
tiba-tiba teringin belajar agar dia fana
dalam zikirnya kepada Pencipta alam ini.

Dia berubah
kerna ideologi
bukan kerna cinta romantika.

Dia telah abaikan segalanya
yang melemaskan akalnya
dalam berideologi.

....

Tapi
adakah benar itu
sebenarnya
atau itu juga ilusi
dalam kesedaran?
Adakah itu satu kesedaran
atau satu kekeliruan dalam
dunia?
Adakah apa yang dia pilih
benar atau sekadar ilusi juga
kerna dia tetap jahat
dan rosak?

Ulasan

Catatan Popular