-pari-pari 11-
sang pari itu
tidak tahu apa-apa
mengenai dunia manusia.
wanita itu
sekadar tahu
bahawa hatinya telah diculik
oleh sang manusia itu.
dia ke dunia manusia
tinggalkan dia hutan bentara
kerna sebuah cinta
yang telah merasuk jiwanya.
dia ke dunia manusia
hanya kerna cintanya kepada lelaki itu.
dia tidak bisa kawal akan hatinya
andailah sang pari itu
abaikan kata hati cintanya itu
dia akan rasa sengsara.
bagi dirinya
sengsara diabaikan kerna cinta
lebih indah
berbanding sengsara kerna
dirinya tidak mendengar kata hatinya.
dia ke dunia manusia
hanya kerna dia mencari lelaki itu.
bangsa pari-pari itu
telah ditakdirkan
pasti satu daripada seribu
akan jatuh cinta kepada manusia,
tapi satu daripada seribu juga
cinta sang pari-pari akan dibalas selamanya
kerna cinta manusia itu bisa berubah
sekelip mata,
cinta manusia itu lain
daripada cintanya sang pari-pari.
Cinta manusia itu
hanya sementara sahaja
bisa berubah
malah dalam hidupnya manusia
pasti mereka pernah jatuh cinta
lebih satu kali,
tapi lain bagi cintanya sang pari-pari.
sang pari-pari
hanya bisa cinta seorang sahaja
dalam hidupnya
selama-lamanya
tak akan ada istilah
jatuh cinta buat kali kedua...
Itu adalah curse
bagi bangsanya pari-pari...
Ulasan
Catat Ulasan