[24]

wahai pari ku
mahu kau dengar kisah
tentang diriku.

kisah tanpamu
sebelum kamu muncul
di mata aku.

bayangan saja
itu kelebihanku
kerna pilih ku.

cinta hanyutlah
impian hancur hilang
kerna illness ku.

pakar lakonan
senyuman tawa juga
aku pelakon.

lupanya aku
hal definisi cinta
hilang impian.

terbangku jauh
agar diriku hilang
dari semua.

mindaku lemas
di lautan kesedihan
mulutku senyum.

mindaku lelah
di sangkar keliru ku
mulutku tawa.

hilang ku sudah
dari segala-gala
pilihanku lah.

Ulasan

Catatan Popular