-

dia dah tak terlalu berharap...

dia abaikan impiannya
dia abaikan minatnya
dia abaikan cinta
dia abaikan kegembiraan
dia abaikan enthusiasm nya
dia abaikan kawannya
dia abaikan ketawanya
dia abaikan kisah hidupnya

dia tidak kisah akan segalanya
dia tidak kisah akan sebuah kegembiraan
atau sebuah kesedihan
atau sebuah keegoan
dia abaikan sahaja semua itu...

hanya kerna mental illness nya...

cakap saja apa yang kau nak cakapkan mengenai dirinya... dia itu dah tak kisah akan semuanya... biarlah dikata kurang iman, atau berkawan dengan jin, atau sombong, pentingkan diri sendiri, lone ranger, suka bersendirian, rosak... apa sahaja... dia dah tak kisah akan semuanya... dia give up dengan segalanya... dia hanya hidup untuk tunggu mati sahaja... mungkin suicide sahaja jalan cepatnya... ada yang kata suicide itu masuk neraka, tapi bagi dirinya, dia suicide atau tidak, berdasarkan sebab dan akibat, dia sepertinya masuk juga ke neraka...

jiwanya rosak kerna penafsiran tragedi hidupnya dinegatifkan oleh mental psikologinya... bisa apa yang dia lakukan untuk melupakan segala? suicide... internal suicide sahaja pilihannya...

dia itu pakar pelakon dunia... tapi dia itu lupa... dia berlakon atau tidak... tak akan ada manusia yang peduli...

siapa kata dia tidak tahu itu... dia dah lama tahu itu..sebab itu dia suka berseorangan dalam menemani kegelapan mental psikologinya... kerna itu dia coba kurangkan kewujudannya di dunia empirikal...

dan dia dah tak kisah segalanya... dia gembira atau tidak... hasilnya tetap sama sahaja... bagi dirinya "happiness is another word for sadness.."

penafsiran tragedi realitinya dia negatifkan agar ia sesuai dengan mental illnessnya yang sentiasa menemaninya atau penafsiran tragedi itu dinegatifkan oleh mental illnessnya bukannya dirinya yang negatifkan ia... tapi mental illness itu adalah miliknya, dirinya itu juga miliknya, maka dia lah yang merosakkan ia, bukan dirinya bukan mental illnessnya, kerna mental illnessnya dan dirinya adalah dia jua.

ah.... gila segala! kenapa dia nak mengsistemkan minda psikologinya... ilusi sahaja hasilnya... ilusi sahaja saintifiknya...

Ulasan

Catatan Popular