-mahu-

mahu ku ceritakan segalanya
tapi psikologiku menelan lemas mentalku
memalaskan empirikal zahirku
akhirnya ku pilih diamkan segalanya
maklumat yang ku tahu.

ku pilih diam
kerna sebuah kisah
bukan perlu diceritakan
kerna cerita tidak boleh ia
diterangkan menggunakan perasaan
kerna mulut telah lama berlakon
telah lupa ia berkawan dengan hati.
mulut telah lama ia putuskan
hubungan persahabatan dengan hati
kerna mulut tidak pernah melayan rasa hati
malah mulut pakar berlakon realiti
senyuman sebuah teriakan kesengsaraan
lemasnya sanubari ditelan unsur-unsur negatif
hasil tafsiran realiti oleh psikologi rosak.
makanya kisah tidak boleh diceritakan oleh mulut
kerna kisah yang diceritakan oleh mulut
hanyalah kisah tanpa perasaan
kisah yang dibuang erti rasa sebuah kesedihan
kisah yang telah hilang unsur sebuah kisah
kisah yang menelannya setiap hari
sepanjang waktu.

kisah yang kau dengar daripada mulutku
adalah kisah yang tiada rasa
kerna mulut ini pakar berlakon dunia
malah kisah itu hanyalah untukku
kerna kisah itu telah ku sembunyikan
malah telah ia menyerap masuk ke dalam sanubariku
membuatkan ku menari indah berilusi
walaupun tarian itu
hasilnya kerna mental disorder.

..

dia menari indah
kerna kesedihannya telah ia
ternak menjadi sebuah estetika
walaupun itu telah hancurkan
dirinya sendiri di realiti.

dia menari walaupun tarian itu
menelan impiannya
menelan curiosity nya
dia kosong sahaja tinggalnya.

dia terima sahaja
tanpa perlu lagi persoalan
tanpa perlu lagi jawapan.

Ulasan

Catatan Popular