-pecah belah-
di era ini
ramainya ilmuwan agama
yang pandai beserta hebat berkata-kata
yang tinggi maklumat agamanya
kuat hafalannya
sampaikanlah mereka itu bisa memetik kata-katanya ulama agung silam
tanpa perlu melihat kitab-kitab
tanpa perlu memegang kitab-kitab
tapi di kala mereka berkata-kata
di kala mereka mengeluarkan suara
di kala mereka tunjukkan maklumat
yang mereka hafal
hanyalah mendatangkan perpecahan sahaja
kepada masyarakat awam
hanya mendatangkan kekeliruan sahaja
kepada masyarakat awam
hanya mendatangkan perasaan ingin menang
tanpa hikmah kepada masyarakat awam
sampailah masyarakat awam yang tidak minat
akan perkara khilafiyah
yang tidak minat perkara kontroversi
menafsir agama sebagai hanya sebagai
perbincangan perkara khilafiyah sahaja
tanpa memberi apa-apa sumbangan pun
kepada manusia.
sampailah mereka fikir
agama itu tidak bisa dijadikan sumber
ilmu fardhu kifayah.
ada ustaz pernah berkata
bahawa al-quran itu bukan sahaja sumber kepada ilmu fardhu ain
tapi juga boleh digunakan sebagai sumber
kepada ilmu fardhu kifayah
persoalan saya
bagaimana nak jadikan al-Quran itu
sebagai sumber kepada fardhu kifayah
sedangkan masyarakat kita disibukkan
dengan tontonan
perdebatan isu-isu khilafiyah
dengan menggunakan agama
agar hujah hebat
agar pengikut ramai
agar boleh impress masyarakat awam
guna kata-kata copy paste
ulama-ulama agung silam.
kata nak kembalikan zaman keemasan Islam
tapi di kala ini kita ramai pula
ilmuwan kaki peminat isu-isu kontroversi
takpun isu-isu khilafiyah
sampai masyarakat awam pun disuruh ikut serta.
Ulasan
Catat Ulasan