-realiti yang ada di internalnya-

katanya
"aku nak berusaha, agar ku berjaya, agar ku menjadi hebat. tapi, ku tak tahu, kenapa hatiku sentiasa menyuruhku berhenti berusaha; jiwaku sepertinya telah berputus asa, akan segala-galanya. ku berputus asa akan impianku, cita-citaku, minatku... dan juga dia; aku berputus asa akan semua perasaan, terutamanya cinta. ku tak nak berusaha untuk perkara yang berkaitan cinta, kerna ku dah penat merasai perasaan itu. aku berhenti untuk mengejar apa-apa di dunia ini..."

"ku penat dengan semua ini. hatiku dah rosak, kerna semangat untuk hidup dah semakin pudar dari hatiku, yang mengakibatkan zahirku malas untuk berusaha, dan juga malas untuk hidup selain di ruang kecilnya..."

"aku nak hilang ingatan tentang aku yang ini..."

"aku tak nak jadi dewasa..."

"aku tak nak kenal dunia..."

"aku tak nak kenal diriku..."

"merana jiwaku, sepertinya ku jatuh ke jurang yang tiada penghujungnya, hanya kegelapan sahaja peneman ruang itu. ku belajar untuk melawan ia, tapi ku sentiasa kalah, kerna baru ku sedari, ku tiada sayap untuk terbang ke atas. akhirnya, aku terima sahaja semua itu, dan ku belajar merasa indah kerna jatuh ke jurang itu; ku belajar gembira walau jiwaku merana; aku mencari sebuah kegembiraan sementara untuk lupakan sementara jiwa yang merana ini. aku dah penat dengan semua ini. aku dah rasa lelah yang teramat sangat kerna semua ini, tentang hidupku. aku tak nak lagi rasai semua ini. ku tak nak lagi rasa apa-apa di hati ini. ku tak nak lagi cari kegembiraan, sama ada kegembiraan sementara atau real. ku juga tak nak lagi cari cinta romantika; tak nak lagi rasa cinta romantika. juga ku tak nak lagi rasa merana, seksa, sakit akan jiwa, minda dan hatiku ini. ku tak nak lagi rasa apa-apa pun di hatiku ini.

biarlah hatiku ini ada berwujud tanpa perasaan apa-apa, kerna ku dah lelah nak rasai apa-apa pun, termasuk perasaan kegembiraan dan cinta...biarlah aku hidup tanpa perasaan apa-apa di dunia itu... mungkin itulah erti kegembiraan bagi manusia seperti ku..."

"aku nak hidup tanpa perasaan, kerna jiwaku ini dah terlalu lelah melayan apa yang ada di hatiku, juga akalku."

"lihat matanya... mata batinnya... penuh dengan kekosongan hasil kerna kelelahan jiwa yang penat melayan peritnya realiti oleh hatinya..."

Ulasan

Catatan Popular