-
katanya
"aku pernah mencintai seorang wanita, di mana wanita itu darjatnya tinggi daripada aku, kerna dirinya itu bekerjaya, cantik, sosialnya indah, senyumannya indah... berbeza 100% daripada aku...
pertama kali, ku sedari diriku ini dah jatuh cinta, aku dah tahu, bahawa selama-lamanya, wanita itu tak akan pernah menjadi milikku. tapi, hati ini tetap juga terus mencintainya, walau hati tahu, yang akhirnya jiwa bakal merana, kerna kebodohannya sendiri.
pada suatu hari, aku ada dengar, bahawa wanita itu dah berpunya; dah ada teman lelaki. dalam akalku, pastinya lelaki itu hebat, handsome, kaya, softskill hebat berbanding aku yang penuh dengan kesampahan jiwa. masa itu, aku terfikir, bahawa aku juga nak hebat, nak jadi hebat, tapi selepas beberapa ketika, aku give up akan segala-galanya, kerna bagiku, aku jadi hebat atau tidak, selama-lamanya dia itu tak akan jadi milikku.
dan...
aku tak hebatkan diriku, aku tak nak hebatkan diriku, kerna bagiku, aku dah malas untuk semua itu, aku dah give up untuk semua itu. biarlah aku sampah selama-lamanya. biarlah aku seperti ini selama-lamanya, yang asyik lemas hasil realitiku sendiri.
aku tak nak hebatkan diriku, kerna ku takut, suatu hari nanti, di kala aku jatuh cinta, aku bakal terlalu berharap yang cintaku bakal diterima. aku tak nak terlalu berharap akan hal-hal cinta, kerna harapan hanya melahirkan kelelahan jiwa, hasil lemasnya jiwaku ini dalam lautan cinta romantika.
biarlah aku seperti ini, loser, sampah, useless - agar bila suatu hati nanti, bila aku jatuh cinta, aku tak akan terlalu berharap, kerna aku tahu aku di mana, aku tahu tahap loser aku, aku tahu siapa aku; aku tahu aku tak layak untuknya selama-lamanya.
aku tak nak jadi hebat, kerna aku tidak mahu luka, kerna cinta; cinta benar-benar menyengsarakan jiwaku ini."
"ya.... aku nak jadi hebat, bukan kerna cinta...
tapi, kalaulah, suatu hati nanti; di kala aku hebat, hatiku ini tetap akan terlalu berharap akan hal-hal cinta, kerna di kala itu, aku hebat.
berbanding sekarang, bila aku jatuh cinta, aku sedar bahawa aku ini sampah, maka harapan untuk cintaku diterima, tak terlalu tinggi. walaupun aku tetap rasa seksa, tapi tak lah terlalu seksa, berbanding bila ku hebat...
aku tak nak lagi berharap, agar cintaku diterima, kerna ia benar-benar melemaskan jiwaku, melelahkan zahirku.
aku tahu aku salah... tapi, hatiku ini tidak kisah sama ada salah atau tidak, kerna hati ini tidak bisa ku kawal, guna teori...
aku dah malas akan segala-galanya mengenai menjadi hebat... aku dah malas nak jadi hebat... aku dah malas nak berjaya... mungkin kerna, aku takut aku bakal merana lagi... "
"aku latih hatiku untuk tidak lagi mencintainya... aku dah malas dan give up untuk latih zahirku, agar dia sedari kewujudanku, kerna dia sedar atau tidak kewujudanku, hasilnya tetap sama... so, kenapa perlu berusaha bila aku tahu hasilnya tetap sama.
sampai sekarang ini, bila aku jatuh cinta kepada seseorang, aku tak akan berusaha untuk ambil hatinya... malah aku hanya sembunyikan kewujudanku, agar dia tidak akan pernah sedari kewujudanku, kerna aku takut, dia bakal membenciku, seperti mana aku membenci diriku sendiri."
"cinta benar-benar telah mengubah aku..."
"mental illness benar-benar telah mengubah aku..."
"tapi, apa sebenarnya yang mengubah aku... mental illness atau cinta romantika, atau dua-dua itu, atau aku sendiri..."
Ulasan
Catat Ulasan