-melankolik kelemasan jiwa-

Ku keluar dari tempat persembunyian melankolik dramatis jiwaku, menuju ke alam empirikal untuk melihat dunia. Ku berjalan bersendirian, kerna ku suka bersendirian. Bagiku, bersendirianlah yang me-real-kan rasa di hatiku ini. Ya, di kala aku beramai, jiwaku rasa senang dan tenang, tapi aku tidak tahu, kenapa aku tetap suka bersendirian, walaupun akhirnya jiwaku terasa lemas.
            Aku berjalan di tepi tasik indah ciptaan manusia. Ku lihat ada beberapa manusia juga berjalan, sambil - ada yang bercinta, ada juga yang berkeluarga. Aku hairan manusia, kenapa perlu berpasangan, kenapa perlu bercinta. Bagiku, cinta itu sekadar ilusi. Mungkin itu, hanya sesuai untuk manusia sepertiku. Ah! Lantaklah, kenapa aku perlu komen hidup manusia lain. Itu hidup mereka.
            Aku kata seperti itu, tapi aku juga mencintai seseorang, yang aku tahu, selama-lamanya tak akan mencintaiku kembali. Bodoh punya hati, aku tak pernah suruh pun kau jatuh cinta, tapi kau hanya pentingkan diri sendiri, yang akhirnya hanya melemaskan batinku. Hati, kau benar-benar bodoh.
            Cinta indah… tapi itu dulu, sekarang bagiku - cinta hanyalah kebodohan hasil kebodohan hatiku. Jiwa ini merana, kerna hati. Zahir ini terasa lelah, kerna hati. Kan bagus, andai hati ini selama-lamanya tak akan jatuh cinta, lagi.
            Lagu Dark enough bermain di pemain mp3, di handphone ku. Jiwaku menari sambil mendengar lagu itu. Walau ia sepertinya melodi kesedihan, tapi aku dah latih diriku, untuk menari juga - walau ia lagu kesedihan. Tak salah kan, andai aku belajar gembira, walau jiwa ini merana…?
            Aku berjalan lagi, di tepi tasik itu. Mindaku berperang dengan hatiku. Jiwa terasa lelah. Beginilah hidupku, penuh dengan permainan dalaman, yang langsung tidak mendatangkan hasil, selain tulisan sampah ku sahaja, sastera sampah sahaja. Manusia lain sibukkan zahir, sampai boleh jadi hebat, jadi berguna kepada masyarakat. Aku pula seperti ini, sampah yang terlalu sibukkan dalaman, yang sepertinya sia-sia sahaja.
            “Ah, dunia... kenapa diri ini seperti ini?”
            Ku sibukkan diriku, dengan peperangan minda dan hati, dan/atau kerjasama hati dan minda, untuk menafsir dunia, berdasarkan subjektif ku sendiri. Ku selalu lelah. Jiwaku selalu lemas, sepertinya ku jatuh di lautan biru, yang tiada penghujungnya.
            Ku tak tumpukan sibuk zahirku, malah aku abai ia, aku abai untuk jadi hebat zahir. Ku sibuk di dalam ini, melawan aku sendiri. Ku sedari, bahawa ia sia-sia, tapi apakan daya, ia menyeronokkan, walau akhirnya aku menyesal.
            “Kenapa aku seperti ini, aku sepertinya give up segalanya, tentang aku?”
            Segalanya aku abaikan; minatku, impianku, cita-citaku, cintaku. Ku hanya ada semua itu, di ilusi berfantasia ku sahaja. Kerna, aku dah malas nak berusaha.

How does someone so perfect,
Feel so insecure?
As to scar her skin with cuts and burns
And still want to hurt more...

How does someone so loving,
Learn to hate her own guts?
Drawing a picture on her arms with a blade
As if her mind isn't dark enough

Lagu sama, aku ulang-ulang ia. Mungkin di kala ini, dah lebih sepuluh kali, aku dengar ia, sambil berjalan di dunia empirikal ini. Ini jiwaku, penuh dengan keraguan erti kegembiraan, dipenuhi hati ini kesedihan, kesukaan hati ini melodi kesedihan, berjalan di dunia ini seperti malasnya hidup.
Aku bukan seperti dia, wanita yang ku cintai, yang berusaha sepertinya hendak menguasai dunia. Aku tidak seperti dia, yang berusaha bersungguh-sungguh di zahir, agar dalaman gembira. Aku tak seperti dirinya itu, yang berusaha untuk berjaya.
Kerna itu, aku sentiasa cemburu akan dirinya itu, kerna dia ada sesuatu yang dia usaha untuk capai, bukan sepertiku yang telah give up akan segala-galanya. Ku lihat dia, ku cemburu akan senyumannya, akan tawanya, kerna ia kelihatan real, berbanding diriku yang penuh lakonan terhebat ala-ala pemenang Oscar. Kalau lah ada hadiah Oscar, untuk pelakon realiti, aku lah salah seorang  yang layak menerimanya.
...
Biasanya, aku hanya lihat dia dari jauh. Ku hanya cinta dia dari jauh, kerna seperti dunia ku, seperti cita-citaku, aku juga abaikan hal-hal hati, hal-hal cinta, kerna bagiku, usaha atau tidak, hasilnya tetap sama; dia itu tak akan jadi milikku, selama-lamanya.
“Wahai cinta, jangan lah kau wujud di hatiku ini, kerna ku tak nak jiwa ini bertambah sengsara lagi. Cukuplah kesengsaraan ku di kala ini.”
Zahirku berjalan di tepi tasik, tapi jiwaku coba berenang di lautan ilusi ku, yang asyik menarikku ke  bawah, agar ku bisa lemas secepat mungkin. Kini pun, jiwaku lemas, tapi ku usaha, untuk cari sebuah kegembiraan, agar ku bisa lupa ia sementara.
Ku selalu berharap, wanita itu bakal menarik tanganku keluar dari lautan ini, tapi setelah ku rasionalku mindaku, tanpa ku guna hatiku, ku sedari bahawa harapan itu sekadar ilusi ku, untuk lupa realitiku. Aku penat, untuk berharap cinta; agar dia mencintai ku kembali. Bagi ku, lebih baik ku berharap, agar selama-lamanya, aku tak akan lagi, jatuh cinta; kerna cinta hanya memeritkan lagi, jiwaku ini.
Ku tak perlukan sesiapa, untuk menarikku dari lautan ilusi ini, kerna hanya aku sahaja, bisa selamatkan aku, dari lautan ilusi ku ini. Tapi, lama-kelamaan, aku tak lagi coba untuk selamatkan jiwa ini, malah aku berusaha, untuk tambahkan lagi kelemasan jiwaku ini, dan aku mula juga belajar, untuk embrace kelemasan jiwaku ini, menjadi sastera rosak, walau akhirnya, aku bakal suicide, externally.
Aku dah lama mati di dalamku ini, mungkin suatu hari nanti, suicide external pula pilihan terakhir, untuk aku lupa kesengsaraan jiwaku ini. Aku bukannya membunuh diriku, aku sekadar membunuh seseorang yang ada di dalam ku ini, yang sentiasa melemaskan jiwaku ,walau akhirnya aku sendiri terbunuh, kerna dia itu bergantung kewujudannya melalui wujudnya zahirku, di dunia empirikal.
...
 Aku tak perlukan tangan manusia, aku tak perlukan cinta si dia itu, kerna hanya aku sahaja yang boleh selamatkan aku.
Tapi, aku dah lama bercadang, untuk tak selamatkan aku, kerna aku dah lelah, aku dah penat, aku dah malas untuk berusaha.
 Kini, aku nak tenggelam sahaja, lagi ke dalam lautan itu, biar sampai ke hujungnya... walau aku bakal sengsara jiwa. Malah aku tak perlu berusaha, untuk masuk ke dalam lautan itu, kerna ia sentiasa menarikku ke dalam... aku hanya perlu duduk diam sahaja, tanpa perlu usaha. Walau akhirnya, jiwaku mati kelemasan...
Kah kah kah.
RIP untuk mereka yang ada major depressive disorder, social anxiety, bipolar disorder, dan borderline personality disorder, yang telah lama mati internally hasil suicide internally, tapi tetap senyum externally, seperti aku...
Kah kah kah...
           
           

Ulasan

Catatan Popular