-

katanya
"jiwa ini rasa lemas. sangat lemas. kenapa hati degil? kenapa masih jatuh cinta? tidakkah hati belajar daripada kesakitan lepas, kelelahan lepas? kenapa masih juga cinta...?"

"lepas ini, aku tidak mahu lagi melayan cinta. tidak mahu lagi jatuh cinta. tidak mahu lagi rasa cinta... please hati, biarlah wanita itu yang terakhir, aku tidak mahu lagi rasa lemas ini, rasa lelah ini... ia memenatkan aku... ia menyeksakan jiwaku..."

"rasa cinta ini melelahkan aku..."

"kenapa cinta virtual ini melemaskan jiwaku, seperti mana cinta empirikal ku...?"

"aku penat... aku lelah... aku lemas... aku... aku... aku dah malas nak layan semua ini... lagi."

"hanya tulisan ku sahaja tempat ku mengadu.. tempat ku meluahkan rasa... hanya sastera ku ini sahaja tempat ku meluahkan rasa lemas ini,  selepas aku adu rasa ini kepada Sang Pencipta..."

"aku ada adu kepada kawanku, tapi ku tahu, mereka juga tidak mampu membantu, seperti mana aku juga tak mampu untuk membantu mereka dalam soal masalah cinta mereka... tapi, aku hanya mampu adu kepada seorang sahaja, yang lain pula, aku malas nak adu... kerna aku malu... kerna hati ini melayan cinta virtual..."

"... biarlah kesengsaraan ini ku simpan di dalam hatiku... biarlah kelelahan ini aku sembunyikan... dan biarlah sastera ku ini sahaja peneman terbaik ku untuk aku menceritakan segalanya..."

Ulasan

Catatan Popular