-cita-cita-
hari ini, kami buat rakaman video, untuk projek EOP (kelas BI). dalam video tu, kami memperkenalkan diri, serta katakan apa cita-cita masing-masing...
aku hanya kata, cita-cita ku adalah menjadi novelist.
ya... itu cita-cita ku
ITU SALAH SATU CITA-CITA KU..
tapi, itu bukan cita-cita ku yang real...
aku ada cita-cita, selain menjadi novelist...
tapi cita-cita real itu mula aku abaikan
kerna ku tak ada keyakinan untuk memegang cita-cita itu...
kerna aku tiada kelayakan memegang cita-cita itu...
kerna mental illness ku mengganggu tahap keyakinan ku...
mental illness ku telah menghilangkan semangatku untuk berusaha...
mental illness itu hanya membantuku dalam penulisan sastera rosakku...
sastera yang tiada sesiapa nak baca...
walaupun tiada sesiapa yang hendak membacanya,
tapi ku tetap tulis juga,
kerna sastera ku itu bukti bahawa mental illness ku ini telah aku embrace-kan ia menggunakan pen dan kertas...
dan juga,
hanya novelist sahaja yang aku rasa sesuai untuk aku cita-citakan,
kerna ia sesuai dengan mental illness ku
di mana mental illness ku ini bisa dijadikan sumber sastera rosakku...
aku sebenarnya rindu akan cita-cita real ku itu
tapi hatiku ini sepertinya telah berputus asa mengejarnya...
apa cita-cita ku, yang real, selain menjadi novelist...?
aku nak jadi ahli sains-falsafah islam...
aku nak belajar melihat dunia dengan fahami dulu metafizik sufi wahdatul wujud.
aku nak kaji bolehkah dengan reduction of metafizik boleh menghasilkan teori sains baru, tafsiran keatas teori sains yang baru, atau menaiktaraf lagi teori sains yang sedia ada.
aku nak kaji sains sebagai idea, kerna ku tak seberapa minat kaji sains kerna penyelidikan atau kaji sains kerna nak hasilkan atau memajukan lagi teknologi. sains sebagai idea minatku, tapi aku tak merendahkan sains sebagai penyelidikan atau sains sebagai teknologi. aku nak tahu realiti dan aku nak tahu sampai tahap mana sains boleh terangkan realiti dan apa limit sains. aku nak tahu apa itu masa, bagaimana masa bisa diterangkan menggunakan matematik. aku nak tahu realiti matematik... adakah matematik itu permainan minda, atau sesuatu yang lain... sekiranya matematik itu permainan minda, kenapa ia bisa menerangkan fenomena alam, dan bisa digunakan untuk menghasilkan teknologi...
faham fizik aku adalah ke arah fizik yang digunakan untuk "menerangkan realiti", untuk tahu tahap mana sains bisa menerangkan realiti, dan bagaimana nak gunakan metafizik sebagai sumber penafsiran sains atau sebagai sumber memajukan lagi sains...
tapi, aku give up segalanya itu...
untuk apa aku minat sains sebagai idea...
manusia bodoh seperti ku tak layak untuk semua itu...
aku belajar untuk abaikan cita-cita ku itu... dan cita-cita ku yang real di kala ini adalah....
TIADA....
Ulasan
Catat Ulasan