-latihan sastera[extended version]-

katanya, dengan rasa anarki kejiwaan dan keberontakan mindanya, kepada sang rembulan yang sentiasa menemani malam depresi insomnia-nya, beserta melodi yang hanya membawa kelemasan jiwa, yang umpama dirinya lemas di lautan ilusi yang tiada penghujung kedalamannya... 

"andai aku bisa mematerialkan perasaan ini, dah lama aku hancur leburkan ia menggunakan penukul anarkiku, biar saja selama-selamanya ia tidak akan lagi mengganggu hidupku, melemaskan jiwaku, memperbodohkan sikapku, memalaskan zahirku... perasaan ini bodoh! perasaan ini benar-benar bodoh! ia merosakkan sasteraku, merosakkan tafsiranku kepada dunia realiti, menyembunyikan aku daripada empirikalku, menghilangkan aku daripada kebanyakan, memperbodohkan mindaku, mengsampahkan ideologi peganganku, menghancurkan jiwaku, meleburkan psikologiku... andai aku benar-benar bisa mengkristalkan kewujudannya, dah lama aku buang ia jauh-jauh, dah lama aku buang ia di dalam lava, biar saja selama-lamanya aku tidak akan lagi rasa perasaan bodoh ini... aku sentiasa berharap kepada Pencipta, agar selepas ini, perasaan bodoh ini pupus daripada hatiku... biarlah aku tidak akan rasai lagi perasaan kegemaran ramai ini, selama-lamanya... aku rela..."

jiwanya makin lemas, di lautan psikologi, yang penuh dengan keilusian, yang membawa nilai keasyikan, kepada euthanasia di alam schizophrenia, yang mengalahkan nilai estetika pil ecstasy. perasaan bodoh itu telah menarik lagi picu pistol suicide internal dirinya. 

"aku rasa, aku perlu sibukkan akalku, agar perasaan bodoh ini bisa ku lupa...
aku sering tertanya-tanya, sains itu ...kaji essence atau existence..
kan sains itu adalah proses menerangkan alam berdasarkan masa, so...
adakah proses dalam sains itu menerangkan essence atau existence?
dan....
sebenarnya proses mana yang real, adakah proses yang berlaku di essence atau existence?
apa pula beza proses yang menerangkan essence dengan proses yang menerangkan existence?
jika proses yang berlaku di essence bisa dimatematikkan adakah proses yang berlaku di existence bisa dimatematikkan juga?
tapi apa beza antara essence dan existence?
dan mana yang real, essence atau existence?
dan apa hubungan essence dan existence?
adakah essence itu real, atau essence itu sekadar limit kepada existence?
adakah existence itu real atau sekadar wujud di minda manusia sahaja?
adakah existence itu ada hierkaki?
adakah essence itu ada hierkaki?
dan andai sains itu mengkaji essence, ilmu apa pula yang mengkaji existence?
dan bolehkah dengan mengkaji essence akan "bertemu" dengan existence?
dan adakah existence itu bisa diterangkan menggunakan sains?
dan mana satu yang menerangkan realiti, adakah existence atau essence?
apa sebenarnya essence? apa sebenarnya existence?
dan apa sebenarnya itu realiti?
adakah realiti itu ada kerna minda manusia ada?
adakah kesedaran manusia mempengaruhi realiti?
dan adakah realiti ada hierarki?
adakah sains bisa menerangkan realiti? seandainya boleh, sampai tahap mana sains bisa menerangkan realiti? dan ilmu apa yang boleh menerangkan realiti yang tidak bisa diterangkan oleh sains? dan adakah realiti yang diterangkan hasil tafsiran sains itu bebas nilai atau tidak?
apa pula maksud Albert Einstein apabila dia katakan bahawa adakah bulan itu wujud kerna ada tikus yang memandangnya (apabila dirinya mempersoalkan quantum mekanik)?
ilmu apa yang bisa membantu aku untuk menjawab semua soalan itu?
metafizik sufi?
ilmu kalam?
atau ilmu falsafah?
sains?"

lagu 'sunset di tanah anarki' bermain pula dalam benaknya
Andaiku malaikat,
kupotong sayapku
dan rasakan perih di dunia bersamamu
Perang kan berakhir,
cinta kan abadi,
di tanah anarki romansa terjadi...

"aaaaaa…….perasaan ini benar-benar bodoh! aku sibukkan mindaku, tapi perasaan bodoh itu tetap datang juga…bodoh… bodoh.. bodoh… cinta romantika memang bodoh…"

Ulasan

Catatan Popular