-nak ubah?-

malam ni, selepas aku tidur, aku coba refresh blog ini, tapi setelah aku refresh ia, tulisanku yang bertajuk 'untukmu' hilang, walau tidak hilang semuanya, tapi ia hilang untuk ayat-ayat yang telah aku perbaiki beberapa kali. aku terasa marah, malah aku marah diriku sendiri, juga marah takdirku.

tapi, setelah aku fikirkan beberapa kali, aku fikir, mungkin aku harus berubah. sampai bila, aku harus seperti ini, tinggal di dunia fantasi, sampai bila?

tragedi yang menghilangkan beberapa perkataan di dalam tulisanku itu, telah menyebabkan aku berfikir...

"sampai bila aku harus seperti ini...?"

aku nak berubah... aku nak berubah... aku nak keluar dari dunia fantasiku ini... dunia sastera ku ini...
aku nak keluar...

tapi aku tidak tahu bagaimana caranya... aku takut, esok aku bakal masuk lagi ke dunia sastera ku itu, yang hanya melemaskan lagi jiwaku.

biasanya, aku akan masuk semula...

aku nak berubah... aku nak berubah...

Ulasan

Catatan Popular