-minda-



Sekadar pendapat aku, hasil tafsiran aku ke atas pengalaman hidup aku.

Apa yang seronok pasal ilmu-maklumat fizik, matematik, ideologi, falsafah, adalah semua itu boleh membantu melupakan sementara mengenai sastera, mengenai hati, mengenai perasaan. 

Apa yang seronok mengenai ilmu-matematik fizik, adalah ia boleh membantu melupakan sementara penggunaan minda sebelah hemisphere kanan. fizik-matematik boleh ‘mengaktifkan’ hemisphere kiri, agar hemisphere kanan bisa dilupakan sementara. Fizik-matematik boleh membantu melupakan sementara mental illness, tapi apabila hati mula sedih hasil kebodohan akal, fizik-matematik juga boleh jadi trigger kepada picu kedatangan mental illness.

Apa yang seronok pasal fizik-matematik adalah, ia boleh membantu melupakan sementara masalah depression, walaupun ada kalanya depression itu juga boleh datang daripada minda yang disibukkan dengan fizik-matematik. 

Mungkin, ayat yang benar adalah, fizik bisa melupakan sementara mengenai depression hasil cinta, tapi ia tidak boleh membantu dalam melupakan sementara depression hasil fizik-matematik. 

Apa yang seronok mengenai fizik adalah ia bisa membantu melupakan sementara penggunaan hati, dalam soal romantika. 

Apa yang seronok mengenai cinta adalah ia bisa membantu melupakan sementara stress hasil penggunaan akal/minda.

Fizik atau cinta, dua-dua bisa mendatangkan depression. Dan nak ubati ia, perlu dilayan secara cross, misalnya depression yang datang hasil cinta, boleh dilupakan sementara dengan melayan fizik-matematik, dan begitu juga sebaliknya.

Tapi, bagaimana andai dua-dua itu secara serentak menarik picu depression? Nightmare...






Ulasan

Catatan Popular