-tentang sastera[1]-
katanya
"sastera rosak. itu nama, yang aku berikan kepada tulisan yang aku hasilkan. aku tak tahu, dan tak minat, untuk letakkan unsur didaktisisme dalam sasteraku, kerna aku tak tahu bagaimana nak letakkan unsur itu dalam permainan perkataanku. bagaimana aku nak letak unsur didaktisisme dalam sasteraku, andai dunia realitiku, juga pentafsiranku ke atas tragedi yang berlaku ke atas ku, telah menghancur leburkan rasa yang ada di hatiku, jiwaku, juga mental psikologiku? aku tidak tahu bagaimana nak kisahkan sebuah kisah yang ada pengajaran, bila mana hatiku penuh dengan kegelapan dunia. bagaimana aku nak letak unsur itu, andai aku dihancurkan mental ku sendiri, dan hanya menjadi bayang sahaja cara aku lari dari segalanya, termasuk lari dari aku sendiri."
"aku pernah ditegur kerna hasilkan sastera rosak. dan, aku pun menjauhi sastera, menghasilkan sebuah tulisan. tapi, sejak aku tahu, bukan aku seorang sahaja yang 'rosak', 'corrupt', aku pun belajar beranikan diri untuk hasilkan sastera. sampai kapan lagi, aku harus lari, dari aku sendiri... dan sebenarnya, sasteralah teman dan sahabat terbaik aku. kerna, dia sentiasa mendengar kisahku, walaupun kisah itu telah aku gubah ia, agar sesuai dengan melodi suasana dunia, agar kisah yang aku hasilkan tidak bebas nilai, biar kisah itu ditafsir pelbagai tanpa mutlak, agar aku tetap kekal sebagai bayang-bayang."
Ulasan
Catat Ulasan