-tentang aku [25]-

katanya
"kenapa aku perlu kisahkan kisahku di dunia empirikal? lebih baik aku kisahkan ia di dunia virtual."

"buat apa nak kisahkan kisahku di dunia empirikal; buat apa nak menceritakan kisahku kepada manusia lain di dunia empirikal, bila mana masaku banyak aku habiskan di dunia virtual. maka, lebih baik aku kisahkan kisahku di dunia virtual, walaupun tiada sesiapa yang akan membacanya. tapi bagiku, andai aku kisahkan kisahku di dunia empirikalku, tiada sesiapa pun yang hendak mendengarnya, kalau ada pun, ia sekadar common sense dalam hidup di empirikal. maknanya, mereka tak nak tahu pun, mereka seperti nak tahu, hanya kerna common sense sahaja, tanpa makna yang lain..."

"... kerna itu, aku malas nak kisahkan kisahku di dunia empirikal. aku malas nak luahkan masalahku di dunia empirikal. aku malas akan segala-galanya yang mengenai aku di dunia empirikal. lebih baik aku pendam ia, dan biar ia menjadi inspirasi karya sasteraku. sebab itu, aku pilih shadow."

Ulasan

Catatan Popular