-tentang cinta [52]-

katanya
"aku pernah katakan kepada diriku, bahawa aku tak nak lagi cari cinta manusia, tak nak lagi cari cinta romantika, aku nak cari cinta Pencipta, aku nak mencintai Sang Pencipta seperti mana ahli sufi mencintai Sang Pencipta, tapi akhirnya, aku jatuh cinta juga, aku mencintai manusia juga, aku ingin cintanya juga, dan lebih teruk, aku mencintai wanita virtual, yang hanya aku jumpa di dunia virtual, dan dia jauh di sana di empirikal. dan, cinta delusi ku ini telah menghancurkan aku lagi. tapi, aku tidak tahu, adakah benar cinta delusi virtualku ini menghancurkan aku lagi atau tidak."

Ulasan

Catatan Popular