-tentang cinta [77]-
katanya
"minta maaf hati, aku rasa, berdasarkan aku yang sekarang, aku tak boleh empirikalkan virtual itu. aku rasa, aku hanya boleh berharap delusi sahaja, kerna aku rasa, dah tiba masanya, aku terima realiti aku."
"tapi, sebelum itu, aku rasa, aku nak hadkan semua ini. aku nak pada umurku 27 tahun, baru aku terima ia, baru aku fikir semula."
"sekarang ini, aku pilih, untuk terus lemas tenggelam, di lautan cinta virtual ini, kerna pasti ada sesuatu, cinta virtual ini, berikan kepada diriku. semua perasaan, walaupun perasaan itu hasil delusi, virtual, fantasi, ilusi, pasti ada sesuatu yang ia berikan kepada diri, kepada hati, jiwa dan akal, dan akhirnya kesan hasil perasaan itu pasti memberi kesan kepada pentafsiran hidup."
"aku pilih, untuk terus mencintai dirinya, walaupun dia hanya virtual sahaja, dan empirikal dirinya jauh di sana. aku pilih, untuk embrace perasaan ini, agar boleh menghidupkan sastera ku, me-melodi-kan sasteraku."
"aku belajar agar dia wanita yang aku cintai sahaja di dunia ini. aku belajar, hanya dia sahaja yang ada di hatiku, walaupun aku tahu, ia bodoh."
"delusi ini, membodohkan aku, tapi ia, beri aku inspirasi karya, walaupun karya itu juga kelihatan bodoh."
"perasaan ini, benar-benar banyak mengajarku. pengajaran yang tidak akan aku pelajari, andai aku hanya menghabiskan masaku dengan membaca buku ilmiah."
"dia menyebabkan aku masuk lebih dalam ke dunia sasteraku. dia menyebabkan karyaku berubah dari karya hasil psikologi, kepada karya hasil cinta, juga karya cinta yang ditemani kegelapan psikologi, dan adakalanya karya cinta yang ditemani dengan delusi."
"dia menyebabkan aku lemas di lautan delusiku sendiri, tapi hasil kelemasan itu memberikan sifat kepada karyaku, sifat yang lain daripada karyaku dahulu."
"dia mengajar aku erti dunia virtual, erti rasa cinta virtual, dan juga erti mencintai wanita yang akal logik tahu bahawa selama-lamanya diri tak akan bersua muka."
"dia menyebabkan aku lupa sementara ideologiku, dan dia menyebabkan aku masuk semula ke lautan hati, meninggalkan sementara dunia ideologi pemikiran."
"kerna dia, aku kenal seseorang di dunia virtual, yang personalitinya hampir sama dengan aku. dan, akhirnya aku minat akan lagu nyanyiannya."
"kerna dia, hatiku berubah, kerna dia akalku berubah, kerna dia, aku melayan cinta virtual, kerna dia, aku kenal lagu baru yang indah, dan pengkisahan si penyanyi itu menyentuh hatiku. kerna dia, aku jumpa dunia baru."
"aku tahu perasaan ini bodoh, sangat-sangat bodoh, tapi apa daya akalku, untuk menghalang hati daripada merasai perasan cinta romantika, walaupun perasaan itu muncul hasil dunia virtual."
"dia itu virtual atau tidak, dia tetap wujud di dunia empirikal."
"dan, aku pilih dia sebagai sumber inspirasi karyaku."
Ulasan
Catat Ulasan