-tentang sastera [36]-
katanya
"dikala seorang introvert, dan mempunyai personaliti yang timid, melalui fasa depression, lihat senyumannya semakin palsu, lakonan sebagai hamba persekitaran. dia melalui fasa itu, dan senyuman real dirinya makin hilang, dan lagu kesedihan menjadi pilihan hatinya. dia berubah. tafsiran dirinya mengenai kehidupannya berubah, sangat-sangat berubah. tapi, semakin lama, senyumannya semakin real, kerna dia tahu, senyuman di zahir bukanlah lagi lakonan, tapi sebagai penawar depression yang ada di hati."
"pain mengubah manusia. tragedi mengubah manusia. kisah hidup mengubah manusia. senyuman yang real boleh bertukar sebagai senyuman lakonan terbaik oscar. tapi, lama-kelamaan, di kala ada kisah hidup datang menyapa dirinya, dia akan berubah, kerna kisah itu, telah menyuburkan semangat yang telah lama layu, hasil fasa depression. semangat yang layu, kembali mekar, walau ada kalanya ia kembali layu semula, tapi kisah hidup itu, telah menyuburkan bunga semangat yang telah lama layu."
"dia kembali bangun, bangkit, walaupun bangunnya itu delusi yang bersifat sementara. tapi, dia terima itu, maka dia kembali menyuburkan semangat dirinya, dengan cara menggunakan cara delusi. semangat harapan subur hasil delusi dirinya. dia terima delusi itu, sebagai baja enthusiasm hidupnya, walaupun baja itu sekadar delusi hasil ilusinya sendiri, tapi, dia tetap juga menggunakan baja itu, kerna bagi dirinya, kegembiraan itu lebih penting berbanding kesedihan, walaupun kegembiraan itu bersifat ilusi."
"kenapa nak dia layan sebuah kesedihan yang real, bila mana ada kegembiraan delusi? bagi dirinya, mungkin suatu hari nanti, akan datang sebuah ke-real-an hasil delusinya. delusi fantasi yang ada di hatinya, mungkin memberi kerasionalan ke atas mindanya, suatu hari nanti. delusi itu sendiri akan menyedarkan dirinya bahawa delusi itu tetap ilusi. delusi yang memberi kesan ke atas hatinya, seperti mana perasaan cinta ilusi hasil empirikal memberi kesan ke atas hatinya."
"dia kembali senyum, walau ada duka di hati, walau realiti empirikalnya menelannya setiap waktu, tapi dia percaya, peluang akan muncul, nasib akan menyebelahi dirinya, cinta delusi akan dia empirikalkan. dia percaya, dia boleh, dia boleh lakukan itu, dia boleh berubah, dia akan berubah, dia akan senyum, dia akan tertawa, dia akan layan delusi, agar dia boleh tersenyum indah di empirikal."
Ulasan
Catat Ulasan