-tentang dia [40]-

dia mencintai wanita, yang dia tahu, wanita itu, tak akan pernah sedari, akan kewujudan dirinya.

dia mencintai wanita, yang dia tahu, hanya melahirkan harapan delusi dalam hatinya sahaja, yang tiada nilai di empirikalnya.

dia merindui wanita, yang dia tahu, wanita itu, tak akan pernah merindui dirinya.

dia mencintai wanita, dengan real, walaupun ramai anggap cintanya itu sekadar delusinya sahaja.

dia merindui wanita itu, secara real, walaupun wanita itu hanyalah kisah di dunia maya, dan di dunia empirikalnya mereka tidak akan bertemu kisah, untuk mengkisahkan cerita cinta.

dia benar-benar mencintai wanita itu, bukanlah sebagai peminat, bukan juga idola, bukan crush, tapi cinta yang real; dia mencintai wanita itu secara real, walaupun semuanya hanyalah harapan ilusinya sahaja.

Ulasan

Catatan Popular