-tentang sastera [56]-
!!! wahai sastera,
dengarkah kau pedih di hatiku ini !!?
maka, tolong jadi hebat!
~ tolong jadi hebat ~
!!! wahai sastera,
sedarkah kau sakit di hatiku ini!!?
maka, tolong jadi hebat!
~ sehebat rasa sakit yang aku rasai ~
!!! wahai sastera,
dengarkah kau suara mereka
yang memandang rendah dan hina diriku ini!!?
maka, tolong jadi hebat, sangat-sangat hebat!
~ kerna kau sahaja yang aku ada dan yang aku tahu ~
!!! wahai sastera,
rasakah kau sedih di hatiku ini!!?
maka, tolong jadi hebat!
minta tolong sangat-sangat, jadilah hebat!
~ untuk membelai rasa sedih di hatiku ini ~
!!! wahai sastera,
dengarkah kau tangisan sembunyi ku ini!!?
maka, jadilah hebat, sangat-sangat hebat!
~ kerna kau sahaja sahabat terbaikku,
yang aku selalu cari dan luah ~
!!! wahai sastera,
jadilah hebat, sangat-sangat hebat!
~ kerna di dunia empirikal ini,
aku hanya ada kau sahaja,
yang aku banggakan ~
~ wahai sastera ~
~ jadilah hebat ~
~ jadilah indah ~
~ jom, kita ubah dunia kecil kita ~
~ jom, kita terangkan ruang kecil kita ~
~ agar kita sentiasa bersama, walau duka dan suka ~
Ulasan
Catat Ulasan