-
katanya
"ada kalanya, aku sibukkan zahirku, agar aku boleh lupa sementara, akan seksanya cinta ini... tapi, sibuk manapun aku di zahirku, hatiku ini tetap sentiasa ingat akan dirinya."
"ada kalanya, aku sibukkan mindaku, agar aku bisa lupa sementara hatiku... tapi, sibuk mana pun mindaku, aku tetap akhirnya akan fikir dirinya."
"lagu yang aku dengar sentiasa berubah-ubah, tapi... hanya wanita itu sahaja yang ada di mindaku, yang ditemani oleh semua melodi lagu yang aku dengar."
"sentiasa, apabila aku memandang wanita lain, aku akan teringat akan dirinya, hanya dirinya."
"dia sahaja yang ada di hatiku, walaupun aku tahu, cintaku ini tidak akan pernah dibalas olehnya. tapi, aku dah fikir masak-masak, aku nak kekalkan cintaku ini, sehingga akhir hayatku; aku akan hanya cinta dirinya selama-lamanya, walaupun aku bakal hidup bersendirian tanpa cinta romantika."
"aku tak nak lari lagi dari hatiku sendiri, dari cinta..."
"sentiasa, aku perbaharui cintaku ini, agar dia kekal di hatiku... sentiasa, apa yang aku mampu lakukan untuk penawar rindu, hanyalah gambar-gambarnya."
Ulasan
Catat Ulasan