-tentang sastera [70]-

lemas di lautan emosi
dalam penghasilan sebuah memori
untuk difantasikan di alam karya sastera.
memilih untuk terus lemas di lautan itu
agar berkembangnya sebuah emosi
dalam membantu menghasilkan sesuatu karya.
lama-kelamaan, diri terasa biasa
dalam merasa kelemasan
kerna masa membantu dalam proses itu.
setelah puas merasa lemas di lautan delusi
hati terasa kosong kerna hilang sebuah kisah
hati tidak lagi merasa lemas.
kerna rasa kekosongan penuh di hati
memilih untuk terjun semula di lautan itu
menyelam lebih dalam berbanding sebelum ini.
menyelam lebih dalam lagi atau
membiarkan diri terus tenggelam
agar ada cinta yang boleh difantasikan.
dia pilih untuk kekal di lautan fantasi cinta itu
kerna itu sahaja kisah yang sesuai untuk dirinya
berbanding kisah yang lain selain kisah ilusinya.

dia ingatkan cinta di hatinya adalah delusi
tapi, lama kelamaan sebuah delusi berubah real
cinta hasil delusi memberi kesan real di hatinya.
dia benar-benar mencintai wanita itu
walaupun wanita itu hasil delusinya
dalam kisah di lautan delusi maya.

dia benar-benar mencintai wanita itu.

Ulasan

Catatan Popular