-cinta-
dia tidak berusaha agar wanita itu mencintai dirinya. tapi, dia tetap berharap agar perkara itu terjadi, walaupun ia sekadar angan-angan kosong.
dia tidak berusaha untuk impress wanita yang dia cintai itu, tapi dia tetap akan sentiasa mencintai wanita itu, sehingga akhir hayatnya. hanya wanita itu yang dirinya cintai, dan kerna wanita itu, dia dah lupa bagaimana nak jatuh cinta lagi.
dia tidak berusaha untuk dicintai kembali, tapi dia tetap akan berangan-angan agar suatu hari nanti dia akan berdiri setaraf dengan wanita itu.
dia tidak berusaha untuk dicintai kembali, tapi dia akan berusaha agar suatu hari nanti, dia akan berdiri setaraf dengan wanita itu.
dia hanya akan mencintai wanita itu sahaja, sehingga akhir hayatnya. dia tetap akan mencintai wanita itu, walaupun akhirnya selama-lamanya dia akan hidup bersendirian, walaupun selama-lamanya sebuah delusi tak akan pernah menjadi real.
Ulasan
Catat Ulasan