-love is unreal-

katanya
"cinta tak wujud di dunia empirikal. cinta hanya delusi untuk lupa sementara kedukaan empirikal."

"cinta tak wujud di dunia empirikal. ia hanya ada di dunia delusi manusia. cinta hanya perasaan delusi untuk lari dari perasaan cinta. cinta romantika hanyalah cara untuk lari dari cinta romantika yang lain; cinta adalah cara untuk melarikan diri dari cinta dengan mencari cinta yang lain."

"kerna itu, lelaki itu tidak mencari cinta di dunia empirikal, dia mencari cinta di dunia maya delusi. dan, dia jumpa seorang wanita di dunia ilusi itu. kata lelaki itu, kepada dirinya sendiri

'selama-lamanya, hanya wanita itu sahaja yang aku cintai, walaupun aku tahu, semua itu hanyalah khayalan bodohku saja, tapi... cinta di empirikal bagiku lebih bodoh berbanding cinta di lautan delusi maya.'  "
...

" 'love is shit, kerna ada yang berduka di kala kau senyum kerna indahnya cinta. love is shit, real shit!!!'

'love is shit, real shit!!! cinta romantika itu bodoh, sangat bodoh!!! cinta romantika bodoh, sama ada cinta di empirikal atau cinta di dunia delusi. tapi bagi aku, aku pilih cinta di dunia delusi maya, kerna aku perlukan cinta, untuk embrace karya sasteraku, semata-mata kerna sastera...'  "


"tapi akhirnya, cinta hasil delusi maya menjadi real di hatinya."

Ulasan

Catatan Popular