-tentang dia [48]-
katanya
"
namamu sentiasa bermain di hatiku, siang dan malam, dan ia terpahat kekal dalam hatiku, selama-lamanya.
senyumanmu sentiasa terbayang-bayang di mindaku ketika aku bersendirian juga ketika aku berada di khalayak.
tawa riangmu membuatkanku tersenyum indah walaupun kau jauh di sana, sangat-sangat jauh.
personalitimu mempelbagaikan cerita untuk sasteraku, meng-indahkan kisah sastera delusiku yang penuh ilusi.
karektermu sentiasa menggembirakan hatiku ketika dunia menelanku, ketika aku berduka kerna dunia empirikal tidak ingin akan diriku.
semuanya mengenai dirimu, membuatkanku sangat-sangat mencintai dirimu, hanya dirimu sahaja, sehingga akhir hayatku.
... walaupun kau adalah hasil delusiku, ilusi bodohku."
aku doakan, suatu hari nanti, kau akan bertemu dengan lelaki yang boleh menggembirakan dirimu.
aku belajar untuk terima realiti ku ini, realiti di dunia empirikalku ini. bukankah cinta itu adalah
'gembira ketika melihat wanita yang dicintai gembira, walaupun disisi wanita itu adalah lelaki lain.'
kau hidup bahagia, itu dah cukup bagiku...
tapi, aku tak akan sesekali jatuh cinta lagi, kerna aku dah lupa bagaimana nak jatuh cinta, setelah aku mencintai dirimu.
hatiku ini hanya untukmu, sehingga akhir hayatku, wahai kekasih delusiku.

Ulasan
Catat Ulasan