-tentang cinta 2 [5]-
katanya
"aku selama-lamanya akan hanya mencintai wanita itu."
"ada yang kata, suatu hari nanti, akan aku bertemu dengan seseorang yang mencintaiku. tapi aku tak nak. aku hanya nak mencintai wanita itu. aku tak nak mencari cinta lain, kerna aku dah puas usaha untuk move on. aku dah puas lari dari hati aku sendiri. aku dah puas lari dari cinta. aku tak nak lari lagi. aku tak nak cari cinta dari wanita lain lagi. aku selamanya akan hanya mencintai wanita itu, walaupun akhirnya aku merana dan hidup bersendirian tanpa cinta, tanpa peneman hidup. aku rela itu, asalkan hati aku tetap akan mencintai wanita itu, sehingga aku meninggalkan dunia ini."
"aku tak minat nak cari cinta, kerna aku hanya mencintai wanita itu. delusi mana pun cinta ini, aku tetap akan terus mencintai dirinya."
"aku tahu, sangat-sangat tahu, aku tak layak untuk mencintai wanita itu. tapi, aku kan bodoh, maka aku akan tetap akan mencintai wanita itu, sehingga akhir hayatku."
"aku tak nak lari lagi, dari harapan ku ini, walaupun ia hanya angan-angan sahaja."
"aku akan terus mencintai wanita itu."
"pernah kau mencintai wanita, yang kau sendiri tahu, bahawa selama-lamanya dia tidak akan pernah menjadi milikmu? rasanya seronok kan?
apa yang kau akan lakukan, apabila kau mencintai wanita yang tak akan pernah membalas cintamu? adakah kau akan mencari cinta wanita lain, atau kau pilih untuk terus mencintai wanita itu, sehingga akhir hayatmu?
kalau aku, aku tak pilih mana-mana, kerna pada awalnya lagi, aku dah tetapkan dalam minda dan hatiku, yang aku akan mencintai wanita itu selama-lamanya, walaupun cintaku ini hanyalah hasil kebodohanku sahaja."
"minta maaf, aku dah lupa bagaimana nak jatuh cinta lagi setelah aku mencintai wanita itu."
"minta maaf, aku dah tutup hatiku, untuk mencintai wanita lain, selain dirinya."
Ulasan
Catat Ulasan