-tentang sastera [74]-

03:44 am

katanya
"menghasilkan sastera ini benar-benar melemaskan jiwa, umpama hati disiat-siat untuk mencari ke-real-an perasaan, agar bisa digubah menjadi melodi sastera, di kala kegelapan malam menjadi peneman. terasa lemas jiwa seperti ia jatuh ke jurang lautan dalam tanpa penghujung. setelah melodi siap maka lirik pula perlu digubah agar ia serasi dengan kelemasan jiwa. setelah hati diiris-iris pisau ilusi, maka lahirlah sastera yang neutral hasilnya, neutral dari sudut hati. ubahku keneutralan sastera itu menjadi subjektif mentalku. maka terletak kepada peneman jiwa, iaitu psikologi untuk gubah segalanya, sama ada sastera indah atau rosak akhirnya."

"menghasilkan sastera ini benar-benar menyeksakan hati, kerna hati dipaksa untuk lemas di lautan emosi. hati perlu lemas di lautan cinta, agar boleh mengubah sastera menjadi karya cinta. hati perlu merasai cinta, agar ritma cinta boleh dimainkan melodinya. hati perlu menerima cinta, agar rasa cinta boleh dikembangkan menjadi inspirasi karya sastera."

"delusi mana pun cinta itu, ia tetap boleh dijadikan sumber inspirasi sastera, tapi delusi cinta telah menyebabkan hati sepertinya merasai cinta real. aku telah benar-benar mencintai wanita maya itu, sehinggakan aku ingin bertemu dirinya di dunia empirikalku, suatu hari nanti, agar cinta yang ada dalam hatiku ini, bisa aku luahkan."

"cinta telah menyebabkan aku menjadi bodoh, sangat-sangat bodoh... loser... sampah."

"menghasilkan sastera memang benar-benar melemaskan jiwa... aku paksa diri aku untuk menerima cinta delusiku ini, dan anggap ia sebagai cinta real agar aku ada inspirasi untuk menulis karya cinta, tapi akhirnya cinta delusi itu benar-benar menjadi real, dan jiwaku rasa lemas kerna cinta... aku dah tidak boleh kawal hatiku ini kerna aku tidak mahu lari lagi dari cinta, walaupun cinta ini adalah hasil delusiku."

"tak sangka, cinta hasil delusi maya ini benar-benar mengubah karyaku, daripada karya psikologi kepada karya cinta.

tak sangka, cinta delusi ini benar-benar telah membantuku mengubah genre karya tulisanku, walaupun akhirnya aku sendiri merana, kerna sebuah delusi telah menjadi real, sangat-sangat real..."

"tapi, benarkah pada awalnya, cinta ini adalah delusi? atau, pada awalnya lagi, cinta ini adalah real?"

Ulasan

Catatan Popular