-battle-
dia itu, diselamatkan oleh cinta delusi, daripada psikologi gelapnya. walau betapa bodoh cinta delusi itu, dia telah diselamatkan oleh cinta itu daripada mental illnessnya. ada yang kata dia bodoh, kerna jatuh cinta di alam maya, tapi tiada sesiapa yang tahu, bahawa lelaki itu telah diselamatkan oleh cinta delusinya, daripada mental illness-nya sendiri.
ya, dia memang bodoh, kerna mencintai seseorang, yang jauh, sangat-sangat jauh, tapi kerna kebodohannya itulah, dia tidak lagi, terlalu disibukkan dengan mental illnessnya; dia tidak lagi lemas di lautan mental illness-nya; jiwanya tidak lagi merana kerna psikologinya. mungkin, ada yang kata, bahawa benar cinta delusi telah selamatkan lelaki itu daripada illness-nya, tapi ia juga ilusi, yang bersifat sementara.
ya, mungkin benar, tapi... apa yang kau usahakan, untuk selamatkan lelaki itu, daripada psikologinya sendiri, sedangkan kau sendiri tidak tahu what kind of battle lelaki itu telah lalui? dan, tahu tak apa mental illness boleh 'beri' ke atas lelaki itu... nightmare... (susah nak terangkan apa mental illness boleh 'ambil' dari hidup seseorang kepada mereka yang tidak pernah lalui mental illness..)
dan, dia diselamatkan daripada mimpi ngeri itu, oleh cinta delusinya sendiri. ya, mungkin suatu hari nanti, mental illness-nya itu datang kembali, kerna cinta delusi tetap ilusinya, selama-lamanya, tapi... mungkin cinta delusinya itu boleh memberinya sesuatu yang real ke atas hidupnya di dunia empirikalnya. juga, daripada dia duduk diam, dan embrace mental illness-nya untuk hasilkan karya, lebih baik dia embrace cinta delusinya itu, untuk hasilkan karya.
kata lelaki itu:
"ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu, kerna mentakdirkan wanita maya itu datang ke dunia kecilku, untuk selamatkan aku, daripada psikologiku sendiri. aku berdoa kepada-Mu agar, kewujudannya di dunia kecilku, bisa memberi aku sesuatu yang real di dunia empirikalku. dan, aku berdoa kepada-Mu, agar didik hamba-Mu ini, untuk mendalamkan cinta hamba-Mu ini kepada-Mu. dan... ya Allah, hamba-Mu ini mohon agar berilah wanita itu kegembiraan yang real."
kataku:
"dia tidak memaksa dirinya untuk mencintai wanita itu, kerna sejak bila manusia boleh kawal hati agar tak jatuh cinta? ya, lelaki itu bodoh, sangat-sangat bodoh, tapi... aku nak tahu, sangat-sangat nak tahu, apa cinta delusi itu boleh berikan kepada lelaki itu selain kebodohan."
*
situasi lelaki itu boleh diterangkan menggunakan ilmu psikologi [erotomania, celebrity worship syndrome (CWS), parasocial interaction, relationships between depression-anxiety and CWS] , tapi... selepas itu apa? aku malas nak terangkan situasi dia dengan menggunakan psikologi atau mana-mana fakta ilmiah, kerna dia bukanlah kertas soalan peperiksaan, lelaki itu adalah manusia.
*
semua ini lawak, lelaki itu nak lari daripada mental illness-nya sendiri, tapi larinya itu ke mental illness jenis lain pula... kah kah kah... manusia manusia...
tapi, lelaki itu pernah berkata, dia lebih rela merana merasai cinta delusi, berbanding merana merasai psikologi gelapnya, walaupun cinta delusi itu juga sebenarnya adalah masalah psikologi...
*
dia tidak boleh dikatakan 'menghidapi' CWS, erotomania, parasocial interaction... kerna, wanita maya itu dia jadikan sebagai- membantu dirinya dalam menghasilkan karya; mengubah karyanya daripada karya depression, borderline personality disorder, major depressive disorder, bipolar disorder ke karya cinta, dan...
sebenarnya lelaki itu tak nak mendirikan rumah tangga, dan untuk capai itu, dia jadikan wanita maya itu, untuk kawal hatinya, daripada jatuh cinta. genius tak lelaki itu, dia guna wanita maya, untuk capai impiannya, dan pada masa yang sama, dia ada inspirasi untuk menulis karya cinta?
katanya:
buat apa nak habiskan duit untuk kahwin, bagus aku guna duit untuk mengelilingi satu dunia.
*
genius bendanya. itu bodoh namanya, kerna in the end, lelaki itu benar-benar mencintai wanita itu. itulah hasilnya, apabila nak hasilkan karya cinta, tanpa tidak mengganggu sesiapa di persekitarannya. tapi, itu lebih selamat, daripada jadikan seorang wanita di depan mata sebagai inspirasi karya sastera cinta... kan? kah kah kah....
aku rasa, aku nak mendalamkan lagi ilmu-maklumat aku mengenai ilmu psikologi agar aku lebih kenal lelaki itu, dan diri sendiri.
pada pendapat aku la, sebenarnya bukan mental illness sahaja ada, tapi heart illness pun ada... contoh heart illness ialah cinta... kah kah kah.
**
semua tulisanku di atas ini, boleh diberikan konklusi dengan menggunakan kata carl jung
"who looks outside, dreams; who looks inside, awakes."
Ulasan
Catat Ulasan