-hanya kerna cinta-
inginku lupa akan semua mengenai dirimu
dengan menyibukkan akalku dengan perkara
ideologi, idealisme, juga sains, juga falsafah...
tapi, apa dayaku, hatiku ini tetap juga
ingat akan dirimu, wajahmu, juga senyumanmu.
walau sibuk manapun akal mindaku ini
akhirnya, wajahmu juga yang muncul
di setiap malamku, sebelum tidurku...
rasa sunyi tanpa cinta tetap aku rasai
walaupun aku coba sibukkan zahirku.
dan, sastera delusi cinta ini benar-benar
telah menjauhiku dengan hal-hal ideologi,
falsafah, sains, politik, ekonomi, sosial, dan
mungkin segala-galanya mengenai dunia ini.
tak sangka, hatiku pilih dirimu
berbanding semuanya itu
walaupun kamu hanya delusiku.
tak sangka, aku pilih cinta delusi
berbanding informasi mengenai dunia.
tak sangka aku pilih ilusi
berbanding fakta mengenai dunia.
tak sangka, aku pilih sastera
berbanding ideologi falsafah....
semuanya kerna
aku benar-benar mencintai dirimu.
Ulasan
Catat Ulasan