-sedarku segalanya-

03:07 - 3:21 am

sejak aku mencintai dirimu,
aku telah mula lupa akan realitiku...
aku dah lupa, bahawa aku ini,
bukanlah watak utama,
dalam hidupku sendiri...
aku ini, hanyalah...
sekadar bayang-bayang,
yang telah hilang sayapnya,
untuk terbang di atas langit luas.

aku rasa, dah tiba masanya,
aku kembali, ke tempat asalku.
dah tiba masanya, aku terima,
bahawa cintaku ini terhadapmu,
hanyalah angan-angan kosongku.
kerna, bagaimana si bayang-bayang,
boleh dicintai oleh si objek,
oleh si sang pari-pari?
aku memang tak sedar diri,
kerna cinta akan dirimu.

wahai dunia, aku minta maaf,
kerna mencintai wanita itu...
aku minta maaf, kerna bayang-bayang
berharap ingin menjadi objek...

dan akhir sekali...

"wahai kekasih ilusiku, aku minta maaf, kerna mencintai dirimu, kerna... sangat-sangat cinta akan dirimu."

Ulasan

Catatan Popular