-tentang sastera [93]-
dia itu dulu
berteman sastera...
semua dukanya
dia tersurat dan tersiratkan
dalam karya sasteranya...
tapi, kini
dia tidak lagi berteman
dengan sastera
kerna dia tidak mahu lagi
sastera menjadi peneman dukanya.
dia pendam segala duka
dalam hatinya
tanpa lagi luahkan
dalam karya sastera.
dia pendam dan pendam
segala duka dunianya.
akhirnya
dia lemas dalam lautan
emosi yang menyeksakan
jiwa batinnya.
pandangan matanya sayu
cara jalannya sayu
senyumannya sayu
sangat-sangat sayu
walaupun kesayuan itu
dia sembunyikan
di sebalik tawanya,
riangnya, senyumnya.
dia pilih untuk tidak lagi
berteman sastera...
dia pilih untuk tidak lagi
luahkan segala duka
dalam karya sastera...
dia pilih
untuk buang sastera
dalam hidupnya.
Ulasan
Catat Ulasan