-tentang sastera [94]-
siap pada pukul 02:46 am 09/06/2017
background music: untitled 2014 by gd
"wahai anak muda, andai awak jadikan dia sebagai sumber inspirasi karya sastera cintamu, awak bakal merana, walaupun dia itu sekadar sumber inspirasi karyamu."
"ya, saya tahu itu."
"awak tahu, tapi kenapa awak masih teruskan juga?"
"hanya itu sahaja, cara saya lari dari diri saya sendiri, dan lari dari dunia empirikal."
"kenapa awak nak lari dari diri awak sendiri?"
"kerna, 'aku' benci 'aku'... 'aku' benci segala-galanya mengenai 'aku'."
"kerna itu, awak pilih untuk lemas di lautan delusi sastera cinta maya?"
"ya."
...
"awak bakal merana."
"saya rela."
"jiwa awak akan lemas kerna wanita itu."
"saya rela."
"dan, awak akan benar-benar mencintai wanita maya itu."
"saya dah mencintai dirinya, sebelum saya sedar, bahawa saya cinta akan dirinya."
"walaupun cinta itu, menyeksa diri awak, melemaskan jiwa awak."
"saya dah biasa. saya dah biasa rasa seksa kerna cinta."
"it is time for you to wake up."
"wake up? for what?"
"to live in your own reality."
"this is my reality."
"no. it's just your delusion."
"for now it is my delusion, but one day, this delusion of mine, will become reality of mine."
"illusion. it is just your illusion. wake up... sedarlah anak muda..."
"tak nak. saya tak nak wake up. selama-lamanya, saya pilih untuk 'tidur' di dunia delusi ini; selama-lamanya, saya akan jadikan wanita itu, sebagai sumber inspirasi karya saya, walaupun dalam proses menghasilkan karya itu, saya merana, kerna saya benar-benar dah mencintai dirinya, sangat-sangat cinta akan dirinya dan, cinta ini menyeksa jiwa'ku', benar-benar tengah menyeksa jiwa'ku' ... tapi, saya rela itu, saya rela merana. and, i can get used to it. i just need time."
"awak benar-benar bodoh anak muda."
"siapa yang tak pernah jadi bodoh kerna cinta? dan, bagaimana saya nak mengkaji dan menulis mengenai cinta, andai saya tak mencintai seseorang?"
"tulislah perkara lain, yang lebih bermanfaat."
"sejak bila, cinta manusia tidak bermanfaat?"
"ia memang tidak bermanfaat. ia penuh dengan ideologi romanticism bodoh."
Ulasan
Catat Ulasan