Faham sains si broken soul
Ditulis pada: 21/06/2016
Digubah pada: 24/07/2017
[Ingatkan nak buat novel tapi tiada idea, dan aku malas nak cari idea.]
Tajuk: Faham sains si broken soul.
Dunia... aku lihat dunia ini seperti mesin, mesin yang bisa diketahui geraknya hanya sekadar guna matematik [classical fizik]. Fizik diberi nama kepada penyambung si ‘natural philosophy’. Ahli fizik melihat dunia ini dengan keingintahuan yang tiada batasan sehinggakan mereka menjadikan matematik satu-satunya bahasa alam. Tapi pelik sungguh, andai kata mereka katakan bahawa matematik itu adalah bahasa alam, maka mereka sepatutnya telah lama faham alam kerna mereka kuasai ilmu matematik, tapi kenapa mereka tidak juga kisah akan tangisan alam ini yang dirobek-robek maruahnya hanya untuk kepentingan puak-puak kapitalis tertentu.
Dengarkah kau bagaimana alam ini menangis kerna manusia menjadi buta hasil material kemajuan teknologi? Lihat saja, bulan di kala ini tidak lagi dipandang oleh manusia, hanya 'materialistik' sahaja dalam akalnya, matanya sekadar melihat material keindahan, maka bulan itu dikatakan tidak bisa menambahkan duit di akaun banknya. Bulan sekadar dipandang di kala hati dipenuhi cinta romantis, kisah romantis yang ilusi di era kawalan kapitalis ini. Bulan itu bukan dipandang hanya kerna kebodohan cinta romantis era moden, tapi bulan itu dipandang kerna - jiwa manusia pasti tersentuh di kala matanya ditarik ke arah keindahan cahaya bulan.
Lihat saja bulan, adakah akal tidak tertanya-tanya bagaimana bulan itu bercahaya, adakah akal itu tidak bertanya-tanya kenapa cahaya bulan bisa menjadi inspirasi si ahli syair mengungkapkan cinta indahnya kepada seseorang. Aku tidak suruh kau menjadi seorang ahli fizik mahupun ahli syair ataupun ahli psikologi, aku hanya mahu kau menghargai alam ini di kala melihat cahaya bulan, bukannya akan dipenuhi dengan kawalan demokrasi dan kapitalis.
Sains itu indah dipelajari, tapi sedih kerna sains dilihat sekadar hasilkan teknologi semata-mata, sains itu dilihat sekadar hasilkan material yang melahirkan manusia 'materialistik' dan ‘kapitalistik’. Sains itu adalah pengetahuan mengenai alam ini, sains itu adalah rasa hati untuk tahu bagaimana alam ini berfungsi secara fizikal tanpa apa-apa makna spritual kena sains itu tidak bisa menyentuh hal-hal spritual. Sains adalah pengkajian empirikal kepada alam fizikal ini, menggunakan matematik untuk/sebagai pembantunya.
Tapi, malang sungguh manusia moden ini, mereka tidak lagi mengkaji alam ini kerna suka, tapi kerna kepentingan masing-masing, sampaikan mereka yang bijak dalam sains hanya sekadar bijak dalam kertas pengkajian, tapi hatinya tidak rasa apa-apa dikala melihat alam dimusnahkan.
'Sains diajar hanya untuk menjawab peperiksaan', itulah yang aku selalu dengari. Mungkin benar, mungkin salah, tapi bagaimana pula faham sains untuk si broken soul, apa makna sains kepada si corrupted soul? Sains yang dia fahami melalui rasa kekosongan hatinya dan kesengsaraan jiwanya melawan akalnya sendiri, sampaikan dia melihat dunia ini dengan rasa corrupted jiwanya dan broken soulnya.
...
Syair yang rosak menjadi kebiasaan akalnya, sampaikan dia rela menerima kerosakan jiwanya dan kekosongan hatinya. Sains fizik penemannya untuk lari dari sastera rosak rekaannya dan rekaan manusia lain. Sains fizik menyentuh akalnya (sains fizik memberi nilai estetika kepada akalnya) kerna pada pandangannya, sains fizik itu tidak perlukan hati hanya akal, sastera pula perlukan hati tapi tak perlukan akal kerna akal dalam sastera bisa 'menipu', tapi hati dalam sastera tidak bisa menipu. Manakala untuk sains fizik pula, ianya tidak perlukan hati kerna sains fizik bermain matematik ataupun peralatan eksperimen tanpa perlu dia tenggelam lemas dalam lautan ilusinya seperti mana lemasnya hatinya dikala dia menghayati sastera. Itu sekadar pandangan yang lahir 'daripada' si broken soul.
Sebelum aku nak teruskan tulisan bodoh aku ini, aku nak terangkan definisi broken soul dahulu, definisi ini adalah pendapat aku sahaja, bukannya pendapat ahli psikologi ataupun dari kamus dewan bahawa atau kamus tidak dewan bahasa.
Broken soul atau corrupted soul, atau nak lagi mudah faham - bermaksud mereka yang ada masalah depression atau anxiety atau spesies yang sewaktu dengannya. Masalah ini (depression, social anxiey, bipolar disoder, etc) bisa kau tahu maknanya melalui Google tapi perlu kau ingat - tahu tak bermakna faham seperti mana kau bermaklumat tak semestinya kau berilmu.
Untuk lari dari dunia kegelapan yang penuh dengan kekosongan, maka dia perlu cari sesuatu di realiti agar dirinya tidak terus tenggelam ke arah lembah yang tidak akan ada harapannya untuk kembali. Lembah ilusi, seperti mana sangkar ilusi yang indah dirasai ketika dia dah terlalu lama dalam tragedi, sampaikan kekosongan, kesengsaraan, kesakitan, kepahitan, kegelapan menjadi sumber kegembiraannya, atau dalam bahasa mudahnya
‘it feel fun when you feel pain and you fall in love with your own monster in your own mind.’
Friedrich Nietzsche ada menulis
‘He who fights with monsters might take care lest he thereby become a monster. Andi f you gaze for long into an abyss, the abyss gazes also into you.’
...
Friedrich Nietzsche terkenal mungkin melalui kata-katanya atau penulisannya tentang ayat ini
‘God is dead.’
Ayat ini kalau 'lihat' tanpa perlu fikir dalam, kalau 'lihat' tanpa tafsiran sendiri maka 'dilihat' ayat ini adalah ayat orang kafir, label kafir yang diberi kepada sesiapa sahaja yang berlainan pendapat dengannya, perkara ini bisa dilihat di era moden ini, di mana-man jua (mungkin kut), dalam negara tercinta ini pun ada spesies macam ni, aku pun tak tahu mereka ni belajar dari mana ilmu mengkafirkan orang ni, kalau boleh aku pun nak belajar ilmu tu, baru cool kah kah kah. Mungkin mereka ini spesies daripada annunaki ataupun keturunan homo sapiens, atau dua-dua mungkin, entah lah. Eh, jap, apa kena mengena annunaki dalam hal ni? Ah, lantaklah, biar pembaca datang ghairah untuk tahu apa itu annunaki dan mungkin cari sahaja The lost Book of Enki, kah kah kah, tak pasal-pasal aku dituduh kafir, sedangkan berimankan dengan imam yang pilih ‘tarikat’ parti lain pun bisa tak sah solat kalau diri menjadi makmum kepada imam tersebut, inikan pula hal-hal bodoh seperti ini. (mungkin ramai tak faham ayat ini, kalau tak faham kau harus bersyukur kerna ada kalanya tidak tahu lebih baik daripada tahu, kah kah kah, eh jap, apa beza faham dengan tahu, ah, seperti biasa, lantaklah, biar pembaca pergi cari, internet itu bukan sekadar nak usha awek lawa, tapi juga perlu cari apa yang perlu dicari, pergi cari apa beza tahu dan faham, apa beza orang yang bermaklumat dan orang yang berilmu, dan apa beza perkataan ulama dan ahli ilmu, kah kah kah, aku sendiri pun tak tahu kah kah kah.)
Ok, kembali kepada ayat “God is dead.”. Ini ayat mereka yang memusuhi agama, atau ayat oleh mereka yang menganggap agama itu adalah hasil sesuatu budaya. Dengan datangnya sains, maka god dikatakan mati. Aku pun tak tahu kenapa datangnya sains maka god is dead. Bagi aku bukan datangnya sains maka god is dead, tapi lahirnya Revolusi perindustrian maka tuhan dilihat mati. Kenapa? Mudah sahaja, kerna money is God. Tuhan tidak bisa dilihat maka survive dalam sistem kapitalis menjadi tuhannya, kerna - apa itu erti berjaya dalam era ini? Jawapannya adalah “how much your money” atau lebih mudah “how much you earn in a month”.
Mungkin ada katakan bahawa sainslah yang menyebabkan terjadinya revolusi perindustrian, tapi bagi aku lah, pada pendapat jahil aku lah, bukan sains yang menyebabkan revolusi perindustrian, tapi kerna 'ahli sihir' yang menguasai sainslah yang menyebabkan revolusi perindustrian terjadi. Alam dirobek ‘daranya’, semata-mata nak berjaya dalam erti kapitalisme, sampaikan semua manusia dari era itu (revolusi perindustrian) sampai era sekarang, telah digodam akalnya, bahawa makna berjaya itu adalah kerja, kerja dan kerja, gaji, gaji dan gaji. Mungkin ada yang bisa ‘seimbang’, hamba kapitalis dan pada masa yang sama hamba Pencipta. Entahlah. Mungkin aku salah.
Aku nak tahu, adakah semua manusia itu ditakdirkan akan kaya? Tak, bukan semua manusia ditakdirkan akan kaya, tapi kapitalis telah menyebabkan manusia menganggap bahawa Tuhan akan takdirkan mereka semua akan kaya, dan mereka akan kaya kalau harta bertimbun, sebab itu makna berjaya di era ini adalah ‘how much your money’, dan kau akan dipandang rendah apabila kau tiada apa-apa di akaun bank itu. Manusia nak kereta mewah, manusia nak rumah besar, nak populariti, nak kuasa, semua nak, kerna itu adalah sumber utama kebahagiaan masa ini, sebab itu anak-anak dididik agar bisa survive dalam sistem kapitalis suatu hari nanti, dan aku sendiri tidak terlepas daripada kisah indah itu, kah kah kah loser tak aku?
Tapi lantaklah, hidup manusia, kenapa aku perlu kritik banyak-banyak. Lebih baik aku join sekali, boleh dapat beli hati awek, dan pada masa yang sama, aku boleh sumbat mulut mak ayah aku dan sumbat mulut masyarakat agar suara sumbang mereka tidak kedengaran lagi dalam mengkritik cara hidup aku. Ah! Ini zaman kapitalis, maka hiduplah cara kapitalis... kah kah kah. Aku pun nak hidup cara kapitalis.
Ah, aku malas nak cerita lagi pasal semua itu, kerna aku tahu aku salah, aku salah kerna soul aku broken. Soul aku broken, maka aku salah. Sekarang ini aku nak cerita mengenai sains fizik. Aku ijazah ambil fizik, pada asalnya sekadar follow the system, kerna aku dah mula tiada tujuan hidup di kala SPM aku habis.
Tapi, pada suatu hari, tiba-tiba akal aku yang rosak ini mempersoalkan
‘Apa itu realiti?’
‘Adakah fizik bisa menerangkan realiti dengan tepat?’
‘Apa sebenarnya alam ini, ada katakan alam ini sekadar seperti hologram, ada pula katakan bahawa alam ini sekadar ilusi sahaja, ada pula katakan bahawa alam ini dipengaruhi oleh akal manusia, adanya akal manusia maka alam ini ada, kesedaran manusia dikatakan mempengaruhi kewujudan dunia ini, adakah benar?’
‘Albert Einstein pernah berkata bahawa adakah bulan itu wujud kerna ada tikus memandangnya, dia berkata begitu atas respondnya kepada ‘Copenhagen Interpretation of Quantum Menchanic’.’
‘Sebenarnya quantum mekanik itu bisa menerangkan realiti ini atau tidak?’
‘Tafsiran mekanik quantum mana yang benar? Copenhagen, Bohm?’
‘Apa hubungan sains dengan agama? Adakah ilmu tradisional islam seperti ilmu kalam dan metafizik sufi itu bisa menerangkan dengan jelas apa sebenarnya hubungan sains dan agama?’
‘Sebenarnya apa maksud ustaz apabila dia berkata-kata bahawa al-quran itu adalah sumber ilmu bukan sahaja untuk ilmu fardhu ain, tapi juga untuk ilmu fardhu kifayah. Apa sebenarnya maksud kata-katanya itu? Adakah itu sekadar kata-kata kosong sahaja untuk impress orang awam?’
...
Dia melihat dunia dengan penuh teruja, tanpa makna material, mahupun makna kapitalis. Dia melihat dunia melalui kaca mata seorang ahli fizik yang ingin mencari apa sebenarnya realiti. Realiti? Apa sebenarnya realiti? Apa makna kata realiti?
Tapi ternyata, fizik tidak bisa terangkan semua itu, kerna ilmu fizik bukanlah bersifat yakin. Fizik hanyalah teori untuk terangkan dunia empirikal, dan tidak lebih dari itu, malah fizik harus dijauhi dari agama kerna ia tidak boleh membawa seseorang kenal Pencipta. Kah kah kah, eh jap, kenapa aku gelak? Kah kah kah..
Dan mulalah dia, menjauhi fizik, mungkin untuk selama-lamanya atau mungkin untuk sementara, dan dia pun mula meminati puisi dan sajak cinta, walaupun pada asalnya dia membenci akan unsur-unsur cinta.
Katanya
“Lebih baik aku melayan puisi cinta, berbanding melayan ideologi, idealisme, falsafah, fizik, metafizik, sejarah, psikologi. Melayan puisi cinta lebih indah berbanding melayan semua itu. Dan aku rasa, hanya puisi cinta sahaja yang sesuai untuk manusia broken soul seperti aku. Manusia psikologi rosak seperti aku tidak layak melayan ilmiah. Kah kah kah.”
TAMAT.
Ulasan
Catat Ulasan