~suara hati~
Untung dirimu
Suara hatimu didengari
Dan perasaanmu juga bisa dikongsi
Kepada seseorang yang kau cintai...
Lihat dia itu
Berbeza darimu
Suara hatinya tiada sesiapa nak dengari ia
Dia hanya simpan ia
Jauh di sudut hatinya
Hinggakan ia nak pecah keluar
Tapi ditahannya kerna
Andai keluar atau tidak
Tetap tiada sesiapa yang bakal mendengarinya.
Daripada ia keluar bebas
Lebih baik dirinya sembunyikan ia
Jauh di lubuk hatinya.
Untung dirimu
Kau bisa kongsikan kisahmu
Dengan orang tersayang...
Lihat dia itu
Tidak pernah ia kongsikan kepada sesiapa
Malah mungkin tiada manusia tahu.
Kasihan dia itu
Semuanya dia pendamkan sahaja
Dalam hatinya...
Dah berapa tahun dia hidup seperti itu
Tapi, mulutnya tetap jua senyum
Riangnya tetap ada
Tawanya tak pernah pudar
Di khalayak ramai.
Ulasan
Catat Ulasan