~cariku dikau~

katanya:

Masihku cari kamu
Dalam mimpi-mimpiku
Walaupun aku tahu,
Sangat-sangat tahu
Bahawa mimpi-mimpiku itu
Hanyalah sekadar permainan tidurku,
Selama-lamanya tetap hanya
Sekadar permainan tidurku
Dalam kerinduanku di malam hariku...
Tapi, bagiku pencarianku akan kamu
Dalam mimpi-mimpiku
Umpama pencarianku
Di dunia realiti empirikalku;
Mencariku kamu di dunia realiti.

Realiti hidupku ini
Tidak membenarkan aku
Mencari kamu di dunia empirikalku.
Maka, aku hanya bisa cari kamu
Dalam mimpi-mimpiku...
Hanya alam mimpi sahaja
Yang memberiku memori
Tentang kamu.
Hanya alam mimpi sahaja
Tempatku merawat rinduku
Piluku, sepiku, sunyiku, dukaku
Kerna hanya di alam mimpi sahaja
Aku bisa bertemu kamu.

Tapi kenapa,
Kamu juga dah mula lenyap
Dari alam mimpi-mimpiku?
Kenapa, semakin hari
Semakin susah untuk ku jumpa kamu
Dalam setiap mimpi-mimpiku
Kenapa?

Bagaimana aku nak hilangkan
Rasa rindu ini
Tanpa kamu muncul
Dalam alam mimpiku?
Bagaimana rasa sunyi,
sepi di hatiku ini
Bisa ku hilangkan
Andai dikau dah mula pudar
Dari mimpi-mimpiku?
Bagaimana, bagaimana aku nak
Kekalkan cintaku ini?

Ini kisah cintaku
Kisah yang hanya penuh delusi.

Ulasan

Catatan Popular