~depression disorder~

Depresinya 
Telah mengambil 
Dunianya; hidupnya...
Menghancurkan ia
Dengan kejam, 
Sangat kejam...
Segala-galanya 
Tentang hidupnya
Hancur tafsirannya...

Tapi, dia tidak 
Salahkan depresinya
Dia hanya salahkan 
Dirinya sendiri.
Kerna, dia sendiri pilih
Untuk tidak akan
Mengambil 'dadah' 
Penawar depresi.

Depression 
Telah mengubah tafsirannya
Mengenai kehidupannya...
Dia telah lama anggap bahawa
Hidupnya hanya dipenuhi dengan
Kesedihan, kesayuan, kepiluan
Sahaja...
Andai dia rasa gembira
Depresi akan katakan kepadanya
Kegembiraan itu ilusi sahaja
Kerna yang real hanyalah
Kesedihan, kesayuan.

Tak sangka, seorang manusia 
Yang dulunya riang ketawa
Kini semuanya hilang 
Ditelan monster depression 
Apa yang tinggal hanyalah
Lakonan common sense 
Dalam bermasyarakat.

Dia dah malas 
Akan segala-galanya.
Ingin dia hilang 
Dari dunia ini...
Ingin dia lari 
Dari dunia ini...
Dan pergi ke suatu tempat 
Yang jauh, 
Sangat-sangat jauh
Dari segala-galanya.

Dia dah malas 
Nak hidup.

Ulasan

Catatan Popular