~minoriti~

Tahu tak, kenapa dia pilih
Untuk hidup bersendirian
Tanpa cinta, selama-lamanya?

Kerna dia anggap, hidupnya
Tak akan bahagia.

Kerna dia anggap, cinta itu
Tidak bahagia.

Kerna dia anggap, cinta tak akan pernah
Menjadi penawar depresi
[loneliness, emptiness].

Kerna dia anggap, dia tidak layak
Untuk bahagia.

Kerna dia malas, nak fikir akan
Soal keluarga.

Kerna dia malas, nak terlalu fikir
Akan soal material dan duit.

Dia hanya nak hidup
Bersendirian, selama-lamanya.
Berteman rembulan,
Baring di tepi pantai
Di malam hari,
Sambil memandang langit luas
Dan mendengar lagu.
Dia tidak kisah
Hatinya merasai kesunyian
Kesedihan, Kesepian, kepiluan
Kerna dia dah belajar menerima itu
Dan, dia pun dah mula
Merasa indah berteman semua itu.
Dia dah malas, mencari penawar...
Dia nak hidup tanpa fikir apa-apa...
Dia nak abaikan dunia...
Dan dia tidak kisah, andai akhirat juga
Tidak mahu dirinya ...
Dia dah malas akan segala-galanya
Tentang hidupnya...
Dia dah malas mencari penawar
Mental disorders nya...
Dia hanya nak berteman dengan ia
Tanpa lagi fikir akan penawar.
Dia hanya nak menerima ia.

Itu impiannya
Impian minoriti.

Ulasan

Catatan Popular