~dunia maya [belum diedit]~

Cerita pendek.

Aku adalah CEO, di satu syarikat, yang ke arah menghasilkan penyanyi. Kerna di zaman ini, adalah era moden, maka nak berjaya dalam sistem kapitalisme, dan pada masa yang sama, bisa aku membantu manusia, untuk berjaya dalam struggle for recognition, maka aku ingin melahirkan cara, bagaimana nak kuasai dunia, yang semakin hari, semakin homo sapiens merasai loneliness, emptiness, mungkin hasil realiti hancur; realiti tidak seperti yang diimpikan.

Kerna, aku tahu manusia, melalui pengalamanku, maka aku nak menguasai alam maya. Kerna melalui alam maya, bisa aku gunakan, untuk membantu penyanyi-penyanyi berjaya dalam kapitalisme, dan yang paling penting sekali, berjaya dalam struggle for recognition yang menjadi minat homo sapiens sejak dari dahulu lagi.

Di era ini, ramai manusia, yang telah lemas, hasil tenggelamnya mereka, di lautan depression, maka mereka, dalam hidupnya, sentiasa akan rasa kosong. Tak pun, rasa loneliness. Kesedihan, kesunyian, kesepian, kepiluan adalah teman terbaik mereka. Mereka akan sentiasa, sibukkan diri mereka, sama ada sibukkan zahir, ataupun sibukkan minda dan hati mereka, untuk membuang rasa kosong, yang ada di hati.

Tapi, sampai satu tahap, mereka tak akan lagi, terlalu sibukkan zahir, kerna mereka anggap, sibukkan zahir itu adalah penawar ilusi depression, kerna sibukkan zahir umpama sebuah pelarian dari diri sendiri. Maka, mereka akan terlalu sibukkan minda dan hati mereka. Andai mereka sibukkan minda mereka, mungkin melalui buku, dengan ingin tahu segala maklumat dunia, maka lama-kelamaan, mereka akan sedar bahawa, ia juga ilusi; sibukkan minda dengan maklumat hanyalah membuang masa sahaja, kerna akhirnya diri hanya menjadi pencerita kepada golongan yang hati kekosongan.

Setelah sibukkan diri mereka dengan perbuatan zahir, juga minda, maka mereka mencari sesuatu pula, untuk sibukkan hati mereka, agar mereka boleh lupa rasa kosong, yang sentiasa melemaskan jiwa. Maka, di sinilah peranan dunia maya, dalam memberi penawar, kepada penyakit mereka; depression disorder, major depressive disorder, juga mungkin borderline personality disorder.

Aku nak hasilkan idola untuk mereka, agar mereka bisa anggap idola adalah penawar depression, walaupun sementara waktu sahaja. Tapi, setelah mereka bisa aku beri idola, maka mereka tak akan bisa berhenti, selagi mereka tidak menerima realiti mereka, dan ingin mengubahnya. Dan, kerna mereka juga dah lama give up untuk mengubah hidupnya, maka dengan adanya dunia maya, bisa aku beri mereka sebuah kehidupan, kehidupan untuk lupa dari dunia realiti; kehidupan untuk mereka lari dari diri mereka sendiri.

Aku hasilkan idola, dan mempopularkan mereka di alam maya. Aku hasilkan satu kumpulan idol wanita/lelaki, yang mengandungi 7 orang wanita/lelaki. Kerna mereka mempunyai personaliti yang tersendiri, maka mereka bisa menyentuh hati golongan yang terasa hidupnya kosong. Setiap manusia ada personaliti masing-masing, begitu juga dengan homo sapiens yang menghidap depression. Maka, setelah kumpulan idola itu terkenal, maka dengan paras rupa mereka, juga personaliti mereka, ia bisa menyentuh hati manusia yang lemas dalam depression. Ia bisa menjadi penawar depresi. Aku tidak kisah, sama ada ia penawar real atau ilusi, kerna buat apa aku nak kisah, aku bukan ahli psikologi.

Kerna manusia ingin populariti, maka struggle for recognition, akan meningkatkan semangat semua penyanyi, untuk popular, dan dengan perkembangan teknologi, terutama internet, maka, aku bercadang hasilkan applikasi, agar mereka (idol) bisa interaksi dengan manusia biasa. Dalam aplikasi itu, seorang idol, bisa tunjukkan kehidupan mereka, dengan mudah. Maka, kerna struggle for recognition, idol akan mudah terima, untuk menunjukkan personaliti mereka, juga untuk sebarkan kepada dunia, cara hidup mereka. Dan, pada masa sama, manusia terutamanya manusia yang membenci hidupnya sendiri, dengan mudahnya, akan teringin mencari idol mereka, dan menonton idol mereka melalui applikasi itu.

Begitu caranya, aku gunakan idol, untuk berjaya dalam kapitalisme, dan pada masa yang sama, idol itu akan gembira, kerna berjaya dalam kapitalisme dan berjaya dalam struggle for recognition. Untuk golongan manusia, yang menjadi useless observer di alam maya, ia terletak kepada mereka, sama ada idol itu adalah sumber inspirasi hidup mereka, atau idol itu hanyalah sekadar cara mereka lari dari realiti mereka sendiri.

Ulasan

Catatan Popular