~interaksi parasosial~
katanya:
Hanya parasocial interaction
Yang dia pilih dalam usia remajanya.
Mungkin juga, sehingga akhir hayatnya.
Era ini moden
Seseorang bisa tahu seseorang
Yang jauh, sangat-sangat jauh.
Seseorang boleh kenal seseorang
Walaupun dia hanya duduk
Berkurung di ruang kecilnya.
Seseorang bisa jatuh cinta
Walaupun dia sedari bahawa
Dia tak akan pernah bertemu dengannya.
Dan, lahirlah parasocial interaction
Terutamanya kepada idola penyanyi
Atau pelakon.
Lebih menakutkan apabila
Di era moden ini, manusia
Bisa luahkan rasa struggle for recognition
Melalui dunia maya, hinggakan
Seseorang bisa popular di alam itu
Dan, menambah lagi pengaruh
Parasocial interaction
Kepada minda-minda yang
Dihancurkan oleh realiti sendiri.
Dua-dua memainkan peranan
Dalam perkembangan
Parasocial interaction;
Si pemerhati dan juga yang diperhati.
Masing-masing merasa indah.
Yang diperhati merasa indah
Kerna berjaya dalam
Struggle for recognition
Yang memerhati pula merasa indah
Kerna ada sesuatu yang bisa diisi
Di dalam hatinya yang kekosongan.
Tapi, lama-kelamaan
Semuanya hancur.
Ulasan
Catat Ulasan