~harapan kah?~

katanya:

Salah satu perkara yang menyakitkan adalah
Apabila hatiku selalu dihancurkan oleh realiti
Tapi hati ini masih tetap juga berharap
Lagi dan lagi.

Salah satu perkara yang menyakitkan tentang hidup ini adalah
Apabila kebanyakan harapanku hancur
Tapi, hatiku tetap juga masih berharap
Lagi dan lagi.

Hati ini tidak pernah berhenti berharap
Cumanya aku yang telah lama berhenti
Untuk percaya tentang harapanku
Untuk percaya akan hatiku sendiri...
Aku dah lama berhenti mendengar hatiku
Aku dah lama memandang rendah harapanku
Kerna aku tahu, sangat-sangat tahu bahawa
Kebanyakan harapanku itu hanyalah
Sekadar angan-anganku sahaja
Untuk aku lari dari aku sendiri,
Untuk aku lari dari realitiku sendiri.

Harapan adalah nama lain untuk angan-angan
Terutamanya manusia seperti aku
Yang telah lama dihancur leburkan
Oleh penukul kegelapan depresi.

Ulasan

Catatan Popular