~void~
katanya:
Psikologi disorder-ku ini
Telah meninggalkan 'void' di hatiku
'Void' untuk diisi dengan sesuatu
Sesuatu yang real tanpa unsur ilusi
Mahupun unsur idealisme romanticisme.
Aku telah lama sedari bahawa
Rasa 'void' ini bisa diisi dengan cinta
Tapi, aku pilih dan rela
Berteman kekosongan
Kerna, aku tak nak jadikan
Keindahan cinta romantika
Sebagai tempatku berlari
Dari rasa keperitan 'void'
Yang ada di hatiku ini
Yang sentiasa menghantui jiwaku
Di setiap penghujung malamku.
Dan, yang utama sekali
Aku tak nak jatuh cinta lagi.
Biarlah hatiku merasai kekosongan
Tanpa keindahan penawar cinta
Asalkan hatiku hanya mencintai dia
Selama-lamanya.
Bodohkan diriku ini
Kerna pilih setia
Terhadap Unrequited love?
Ulasan
Catat Ulasan