~Kenapa~
katanya:
Kenapa. Nak. Cari. Penawar. Depresi?
Kenapa nak cari erti gembira real?
Lebih baik, embrace ia...;
Mendengar lagu sayu sambil menari senyum
Merasai sahaja kekosongan hati tanpa lawan
Menerima sahaja kekejaman depresi
Mencintai nilai indah interaksi parasosial.
Kenapa nak lari dari sayu depresi
Lebih baik bercinta dengan ia;
Menari di kala lagu sayu dimainkan
Senyum di kala menari dalam melodi sayu
Terbang bebas di dunia maya, juga di realiti
Kosongkan segala harapan dan impian...
Kerna, semuanya tetap adalah
Kekosongan yang kosong
Andai usaha atau tidak...
Kerna, pengakhirannya tetap sama
Akhirnya semuanya tetaplah kekosongan...
*
kebanyakannya adalah kegembiraan yang ilusi
Ulasan
Catat Ulasan