You Are so Beautiful
Diedit pada: 12/08/2017
Sekadar fantasi untuk bermain dengan perkataan.
4.
Lagu anarki aku dengar, lagu loser aku dengar, lagu sedih aku dengar, lagu gembira aku dengar, lagu naikkan semangat aku dengar, tapi, semua lagu menghasilkan sesuatu yang sama, iaitu kegembiraan ilusi. Kegembiraan ilusi yang menyeronokkan si pelayan lagu, sama seperti kau ingin lari dari dunia realiti. Ya, fantasi itu menyeronokkan, lebih indah berbanding realiti, tapi, buat apa berfantasi andai kata hanya keseksaan dirasai hati, hanya keserabutan yang dirasai minda. Daripada aku mengulangi perkara sama, lebih baik aku layan keindahan pain alam realiti aku. Kah kah kah.
Kenapa? Kau nak cakap aku sesat? Standard masyarakat pasca konservatif, semua sesat, sampaikan mundur, hanya tahu cakap sahaja, tapi sains dan teknologi ke laut, tapi, kira ok lah, daripada aku, dua-dua hancur, f**k, loser sial, kah kah kah.
Aku, Yap, dan Rikkie berjalan, mencari makna kehidupan, alasan untuk menyedapkan hati, alasan untuk aku cakapkan kepada manusia winner moden. Alasan aku untuk lari dari realiti indah moden yang aku rasa useless ke atas minda bodoh aku. So, what? Aku nak hidup cara ini, this is my life..., kata seorang loser, yang lari dari gaya hidup moden, ala-ala aku, kah kah kah.
Yap, semakin hari, semakin semangat bermain gitar, buku juga masih dia baca, Rikkie, bantu Yap berjaya, mungkin, berjaya yang dianggap useless manusia beriman, kah kah kah, aku cakap salah eh? Hidup anarki, hidup emo, katakan ala Barat, tapi, F**K, kau nak expect apa daripada kami, kalau kami nak memberontak dalam hidup kami, adakah kau akan cakap, kami rosak, tapi memang rosak pun, kah kah kah, tulisan tiada adab.
Dunia moden ajar kami seperti ini. Kau beruntung, kerna kapitalis bersama kau, populariti bersama kau, kami pula, manusia yang tidak boleh survive atas sistem indah moden, kami bukan mahu populariti, kami hanya mahu kepuasan hidup, bukan kepuasan hidup ala normal. Bagaimana nak jadi ala normal, andai kata kami dah rosak akal, adakah kau nak kami pukul kepala, agar hilang ingatan?
Hancur, semakin hancur, akal hancur, hati hancur, minda bersama hati ke arah kehancuran, kata mereka. Aku tidak tahu, apakah makna kehancuran bagi mereka, mungkin relatif, kah kah kah, alasan untuk lari dari realiti si kritik. Aku malas fikir semua itu, kerna semua itu, aku pernah fikir, ketika aku jadi mahasiswa normal society. Kau kata aku tulis ayat tak indah... so what? Stop reading lah, kaki capap, kah kah kah. Kau nak cari kebaikan dalam tulisan ini, kah kah kah, alasan untuk sedapkan hati berusaha. Kebaikan dan keburukan adalah alasan sesuai untuk sedapkan hati, sama seperti amanah, kah kah kah.
Amanah kita sebagai pelajar adalah belajar, so what? Aku minta maaf, kerna aku tidak minat nak laksanakan amanah tu, so, kenapa, aku masuk neraka eh? Untunglah masuk syurga.. jangan jadi seperti aku, jadilah manusia baik ala moden kapitalis bercampur amanah dan makna kebaikan kau. Kah kah kah. Rosak tak minda aku?
Aku malas nak hipokrit, buat apa laksanakan amanah, andai kata kosong hasilnya... Belajar? Aku tidak minat belajar kerna kerja, kalau kau minat, jangan suruh aku hidup cara kau, kerna aku juga tidak suka suruh kau untuk hidup cara loser aku.
Aku dah puas dalam pendidikan, yang aku rasa aku tidak sesuai dalamnya, so, buat apa lagi aku nak fikir amanah? Tapi, aku suka lihat dan dengar mereka yang kata amanah, kerna mereka baik, tapi jangan jadi lilin, kau beri cahaya kepada manusia sekeliling, akhirnya kau terbakar sendiri... Good luck, kau buat amanah kau, dan selamat maju jaya tafsiran moden. Tapi, kira ok lah, daripada berjaya tafsiran loser aku.
Aku malas nak nilai hidup manusia, tapi, manusia lain suka tafsir hidup manusia lain, mereka tafsir dan anggap hidup mereka lah paling indah, kah kah kah...Memang indah pun, kah kah kah... dapat capap depan awek.
“Amad, kenapa kau menuntut ilmu?”
“Boleh mencapap depan awek, kah kah kah.”
Dia pandang aku.
“Kenapa, salah eh?”, soal aku.
"Kah kah kah.. Kau nak jawapan seperti mana? Kau nak aku cakap apa yang kau nak dengar? Pergi cari manusia spesis kau, jangan cari manusia rosak seperti aku... kah kah kah", kata aku lagi.
Dunia ini, ramai pandai, tapi ramai gak bengong, macam aku kah kah kah, dan jangan bajet kau juga keluar daripada spesis bengong. Dunia ini bukan kekurangan orang pandai, tapi kekurangan manusia, berapa ramai pandai, tapi bengong? Berapa ramai pandai tapi tidak bijak? Ah, f**k, lantaklah, bukan kerja aku. Apa aku dapat andai kata aku cakap dan tulis benda itu? Lebih baik aku tengok p**n, kah kah kah.
Aku malas nak hidup, sama seperti kau yang rajin hidup, eh, sama eh? Kah kah kah.
Aku dan mereka berdua berjalan, tanpa harapan, tanpa amanah, tanpa nilaian manusia pandai. Aku malas nak cakap, aku malas nak tulis, so berkhayallah kah kah kah.
Minda aku rosak, hati aku rosak, apalagi bersama mereka, lagi rosak. Aku suka rosak dari aku, bukan dari manusia kambing. Lantaklah, kau nak kata apa, kerna aku tahu, apa respond golongan kambing, untuk manusia no life seperti aku, kah kah kah.
Aku dah lama lari dari sekarang, buat apa aku ingat kisah itu, lebih baik aku layan kegembiraan sementara pengembaraan loser ini.
Rikkie menyanyi, standard lagu dia, emo, semua pain, masa gembira, dia layan emo, masa sedih, dia layan emo... Aku pun tidak tahu, apa pengalaman yang dia lalui sampai jadi seperti itu. Lantaklah, kau ingat aku ini seperti kau, semua nak komen, maaflah, aku ini jahat, maka itu bukan kerja aku, itu kerja manusia seperti kau, manusia baik, maka laksanakanlah amanah mu mengkomen hidup manusia lain.
Kenapa? Kau nak kata fikiran aku ini ala Barat, kah kah kah. Kalau kau boleh ikut sistem Barat, kenapa pula aku tidak bisa fikir macam Barat? Kau bisa gembira dalam sistem kapitalis Barat, kenapa pula aku tidak boleh gembira dengan ala fikiran Barat? Kenapa, kau diam.. Adakah kau tengah susun ayat nak attack aku? Silakan, kau kan winner... Winner mesti ada ego, agar loser nampak loser. Winner mesti ada ego, agar dirinya dipandang... winner mesti ada ego, walaupun dirinya penuh kejahilan... winner mesti nampak hebat, walaupun bangang terserlah... winner mesti ada ego, agar dirinya terpelihara dalam sistem, kah kah kah. Aku salah eh? Kalau aku salah, maka kau tidak terasa, tapi, kalau kau terasa maka aku benar, kah kah kah.
Makin hari aku bersama dalam persekitaran ini, aku makin rosak, sebab itu, dari rosak sembunyi, lebih baik aku bla, dan rosak secara awam, dan aku lari dari kisah itu. Dan aku sekarang bersama seorang emo, dan seorang ‘anarki’, niat nak buat band, hasil pain underground shadow, tanpa bantuan indah cinta si dia, muka macam angel, tapi, materialis ala dewa.
Dewa itu mitos, ya dewa itu mitos, sama macam cinta sebenar. Kah kah kah. Eh, jap, aku salah. Cinta itu bukan mitos, tapi sejarah sahaja. Lantaklah, buat apa aku nak fikir benda itu.
Aku tidak tahu jalan cerita apa lagi nak fikirkan, tapi, kau nak jalan cerita minda atau fizikal?
Aku sengsara dalam minda, seksa dalam minda, apa boleh buat, aku tidak tahu bagaimana aku nak buang minda aku, kerna, kalau aku buang, maka gila lah namanya, tak pun aku mati kerna racun dalam mulut. Kau faham? Kalau kau tidak faham, tak payah risau, kerna tak masuk exam pun, kah kah kah.
Kau pandang aku macam aku ini loser, tapi, aku memang loser pun.
Yang pasti, kalau kau nak tahu kau bengong atau tidak, seperti ini: Kalau kau dengki aku, maka kau bengong, kerna aku tidak ada apa-apa untuk didengkikan. Daripada kau dengki kerna aku, lebih baik kau dengki terhadap winner. Kalau kau cemburu akan aku, maka kau bengong, kerna aku tidak ada apa-apa untuk kau cemburukan. Daripada kau cemburu kerna aku, lebih baik kau cemburu terhadap winner.
Kah kah kah, Jangan kerna kewujudan aku, kau merasa dengki, merasa cemburu, kerna shadow selama-lamanya berwarna hitam, tak kan berwarna selain hitam, maka, jangan samakan shadow dengan diri kau. Jangan lihat aku sebagai kilauan, tapi, lihat aku sebagai shadow, yang tidak dikisahkan kewujudannya, kerna itu aku suka shadow, agar aku tidak dirasai kewujudannya. Kerna, manusia rosak seperti aku tidak bisa disedari fizikalnya dan aura losernya, kah kah kah. Indah tak hidup aku, kah kah kah.
...
Kisah dulu
Bayang-bayang akan selama-lamanya bayang-bayang, oleh itu, jangan suruh aku menjadi cahaya, jangan suruh aku berkilau, biar saja aku sembunyi di dalam bayang-bayang, objek, hasil pantulan cahaya matahari (tiada makna metafizik).
Aku tetap bayang-bayang, kerna hidup aku ajar aku seperti itu, low profile, kerna itu menyeronokkan, kerna itu aku bisa melihat sesuatu yang mungkin aku tidak dapat lihat andai kata aku bercahaya. Dan manusia rosak seperti aku tidak boleh bercahaya hasil cahaya, kerna takut cahaya itu adalah ilusi sahaja.
Dan bayang-bayang tidak bisa overshadow, kerna takut menjadi black hole, di mana cahaya tidak bisa menembusinya (tiada makna metafizik).
“Amad, dah tiba masanya kau berkilau hasil cahaya.”
“Aku tak nak. Aku lebih suka menjadi shadow, kerna shadow menyeronokkan, kerna manusia tidak peduli akan kewujudan aku.”
“Tapi, sampai bila Mad, kau seronok dipandang rendah…?”
“Seronok, mungkin….. dan aku memang rendah pun kah kah kah……. dan aku tidak mahu mereka pandang aku tinggi, sedangkan aku hanya manusia loser. Aku tidak mahu pandangan tinggi mereka terhadap aku hanya aku gunakan untuk menutup ke-loser-an aku.”
“Tapi Mad, it is about maruah….”
“Anggap sahaja aku tidak ada maruah…”
“Mad….. “
“Sejak bila manusia rosak seperti aku ada maruah, dan aku juga takut maruah itu aku samakan dengan ego, akhirnya aku sendiri hancur kerna mempertahankan maruah kejahilan aku…”
“Amad, kau tahu tak kenapa awek kau tinggalkan kau….”
“Hmmmmm. Buat apa aku tahu, kisah telah terjadi….”
“Awek kau tinggalkan kau kerna kau tidak bercahaya, kerna kau sembunyi di dalam bayang-bayang manusia lain.”
“Jadi, seandainya aku bercahaya, seandainya aku berkilau, adakah dia akan stay!!?”
Aku pandang dia.
“Loser tetap loser, aku berkilau atau tidak, hasil tetap sama, aku malas melayan ego aku untuk dikenali, lebih baik aku melayan shadow aku, walaupun sakit atau tidak, kerna aku bukannya sesiapa untuk dikenali, dan aku juga tidak suka dikenali ramai, kerna makin kau kenal aku, makin kau benci aku.”
Shadow tetap shadow, dan keep your profile low to survive in this wonderful era…… dan aku tidak mahu lagi layan cintah indah moden, apa guna aku rasa keindahan yang hasilnya adalah pain, lebih baik aku layan pain berserta anarki kesedihan loser. Kah kah kah.
...
Mataku terbuka... mimpi rupanya...
Sekarang pukul 3 pagi, masa untuk tidur, aku tidak tidur. Masa untuk bangun, aku suka tidur, kerna apa beza andai kata aku tidur malam dan berjaga pagi, kau nak expect apa daripada
manusia yang rosak minda dan hati seperti aku.
Aku mahasiswa loser, yang tidak minat lagi belajar cara jawab exam, yang tidak lagi berasa useful dalam kelas, yang tidak lagi bisa focus dalam drama pendidikan, dan aku hancurkan masa depan kapitalis aku. Kawan aku menjadi hebat, aku pula terseksa dengan permainan minda bodoh aku ini. CGPA aku hancur, semua hancur, dan aku memilih untuk tinggalkan aku yang ini. Khayalan atau reality, aku dah lama drop out.
Walaupun aku masih di alam mahasiswa, tapi, sebenarnya, aku dah lama hilang dari alam ini, loser tak aku,kah kah kah. Nasihat aku, jangan jadi seperti aku, kerna aku juga tidak suka aku yang ini, aku dah lama cuba lari dari aku yang ini, tapi apakan daya, aku tidak bisa, mungkin kerna, minda aku dah lama lemas di alam abyss... salah aku, kerna memandang abyss itu, memandang dan memasuki alam fantasi dan khayalan indah rekaan aku.
Good luck hidup, ini kisah aku, jangan jadi seperti aku, kerna kau ada kisah kau sendiri….
Maaf, andai kata anarki bodoh aku pernah sakitkan kau, mungkin masa itu , aku tidak bisa conquer mulut aku, akhirnya hati kau disakiti dengan mulut loser aku ini. Minta maaf.
Dan aku ingat masa aku berumur 17 tahun, quote yang aku reka, sesuai dengan aku masa itu, dan sesuai mungkin dengan aku yang sekarang. Qoute itu:
“LOSER IS FUN……………………”
Kah kah kah. Ini bukan kisah movie, ini bukan kisah drama, ini bukan kisah anime... loser tak kan menjadi winner, kerna aku dah lama hilang semangat untuk hidup, sejujurnya. Tapi, aku masih mahu berubah.............
Doakan aku, agar nyawa masih bersambung.
Ulasan
Catat Ulasan