~aku~
katanya:
Perkara yang menyeksaku adalah
Apabila jiwaku mati dihempap realitiku
Tapi, di sisiku tiada sesiapa yang bisa
Aku luahkan semua kisah dukaku
Dan pada masa yang sama,
Aku melihat wanita yang aku cintai
Berjaya dalam hidupnya
Dan senyum di sisi lelaki lain...
Rasanya seksa, menyeksa hatiku.
Lama-kelamaan,
Aku melihat semua kisah hidupku itu
Tanpa ada lagi apa-apa perasaan;
Kosong sekosongnya perasaanku
Melihat nasib hidupku; duka realitiku...
Aku senyum tanpa ada lagi rasa gembira
Di hatiku; tanpa ada lagi harapan...
Hanya rasa kosong dan kosong
Sahaja yang tinggal...
'Aku memang lahir,
Sebagai seorang loser
Sampah.'
kataku kepada aku.
Ulasan
Catat Ulasan