~eskapisme~
katanya:
Ada manusia
Ke arah buat benda sia-sia
Kerna hendak lari
Dari realitinya sendiri,
Dan, dia tidak mahu
Gunakan agamanya
Sebagai pelariannya
Dari realiti...
Dia tidak mahu
Gunakan agamanya
Untuk lari dari dirinya
Kerna agama itu bukan
Tempat pelarian.
Dia pilih habiskan masanya
Dengan melakukan perkara sia-sia
Kerna, hanya perkara sia-sia sahaja
Yang dia bisa gunakan
Untuk dirinya lari dari realiti.
Ulasan
Catat Ulasan