~the moment~
katanya:
Siapa kata
Fantasi lebih indah
Berbanding realiti?
Ya, pada awalnya
Ia benar...
Fantasi itu
Lebih indah
Berbanding realiti,
Tapi, lama-kelamaan
Ia berubah...
Fantasi itu
Lebih menyeksa jiwa
Berbanding realiti
Kerna, semakin dalam
Seseorang tenggelam
Di lautan fantasi
Semakin susah dia
Nak terima realitinya,
Akhirnya, fantasi
Memberi kekosongan
Ke dalam hatinya;
Menyeksa jiwanya.
Dia tetap pilih
Tenggelam lemas
Dalam lautan fantasi
Kerna, dia benar-benar
Nak lari dari dirinya
Sendiri...
Walaupun, dia tahu,
Sangat-sangat tahu
Dia tidak bisa lari...
Tapi, dia tidak kisah itu
Kerna dia tidak tahu
Nak buat apa lagi
Dalam hidupnya...
Ulasan
Catat Ulasan