You are So Beautiful

Diedit pada: 03/09/2017

5.

Lagu dilayan, mereka kata kami ala Barat, adakah salah? Mereka dalam sistem Barat, kenapa kami tidak bisa pula ala fikir Barat? Kenapa kami tidak bisa layan ala Barat? Tapi, lantaklah, kau nak expect apa dari kami, lagu Maher Zain? Lagu Nasyid? Ini lagu, kami buat, kami nyanyi, kami reka adalah untuk kami, bukanlah untuk kau dengar, kerna lagu yang kau dengar tidak sama dengan apa yang kami dengar, mungkin ada kalanya sama, tapi, kau dan aku hati adalah berbeza, sedangkan hati kami juga berbeza, walaupun ada sinopsis kisah hampir sama, kerna ke-loser-an kisah.

Aku dan mereka jalan bersama, lagu Slipknot, lagu System of A Down, lagu Skillet, jadi peneman kejahilan. Bersama, layan hidup realiti moden, masing-masing loser dalam bidang masing-masing, kena hina masyarakat moden kawalan kapitalis, kah kah kah, loser sial. Kami unfit dalam sistem manusia normal, lalu apa lagi yang perlu dilakukan? Setia atau anarki? Kami belajar setia, tapi hati bodoh ini tambah bangang kerna kami anggap itu ilusi kegembiraan, yang kami tidak akan capai, bersama manusia normal. Akhirnya, kami pilih lari, walaupun, mungkin gembira tidak akan kami capai, tapi, itu semua aku malas nak fikir, kerna fikir atau tidak, pain tetap dilayan, lebih baik, muzik itu kami layan, kerna layan pain itu lebih seronok disertakan muzik, daripada layan menjadi hamba sistem. Teringat pula kata Frank Zappa

‘Information is not knowledge. Knowledge is not wisdom. Wisdom is not truth. Truth is not beauty. Beauty is not love. Love is not music. Music is THE BEST.’

Sebab itu, ramai homo sapiens dengar muzik, kah kah kah.

Kisah kau dan aku lain, dan kau mungkin tafsir kisah aku, dan kau akan nilai aku, berdasarkan kisah kau. So, what! Buat apa aku nak kisah, tiada guna pun, kau teruskan usaha kau, dan aku teruskan usaha loser aku.

Lagu itu kembali, unravel, di dalam minda bahasa Japan, langsung aku tidak faham, tapi, lagu itu, rentak itu, sama seperti hati aku, mungkin ahli fizik akan kata, frequency sama, memberi nilai resonance ke dalam jiwa aku. Sama atau tidak sama, apa beza, loser tetap loser, kah kah kah. Kau ingat kau loser, maka suatu hari nanti kau menjadi winner? Kau harus belajar kalah, dan kau hancur seperti aku, kah kah kah.

Ini kisah realiti, bukan kisah fantasi, tapi, manusia reka fantasi, mungkin kerna, bukan mungkin, tapi pasti, mungkin, kah kah kah. Mereka reka fantasi, untuk lari daripada realiti, mereka suka akan fantasi, dan belajar untuk menerima fantasi sebagai realiti dan realiti pula sebagai fantasi. Akhirnya, hancur dan lemas di dua-dua itu, hancur di realiti, lemas di fantasi. Di realiti mereka dimaki, di fantasi mereka lemas, kerna, hati bukan selama-lamanya bisa ditipu oleh minda.

Ada yang bisa seimbang realiti dan fantasi, ada pula yang hancur di realiti tapi ‘terbang’ indah di ‘lautan’ fantasi, dan ada yang give up dua-dua, dan dia pilih menjadi kosong, tanpa rasa dan fikir.

Datang seseorang, wanita yang ingin mengubahnya, tapi, f**k, dia datang kata tolong, akhirnya, lepas faham, dia tinggalkannya. Dia bertambah dalam kelemasan, tapi, kisah loser dia, bersama wanita, jadi ajaran, jangan lagi percaya cinta, kerna cinta itu tidak lagi ada di era ini, cinta itu bisa dibeli dengan duit dan muka, cinta itu s**t, cinta itu kawalan empirikal beserta kapitalis. Siapa kata, dia tidak cinta? Saat wanita itu datang, hidupnya berwarna, dia lihat dan rasa kehidupannya berwarna, dia senyum kerna hatinya nak senyum, bukan senyum dikala hatinya pain.

Wanita itu datang, mengajar cinta, mengajar harap, mengajar bahawa dia boleh berubah, dia bisa berjaya, kah kah kah, harapan loser di era konsumerisme ini. Di kala wanita itu tahu, dikala masa berjalan dirasai lama, dikala wanita itu bosan, dia abaikannya, bersendiri, dan wanita itu jumpa lelaki lain, lelaki normal impian dan idola kanak-kanak yang bakal penyambung ekonomi indah moden. Akhirnya bye-bye tidak diucap, lelaki loser itu berjalan malam, dia jumpa wanita itu bercumbu nafsu dengan lelaki winner itu, dan hati lelaki itu menjadi anarki. Inilah cinta, katanya, indah kerna pain dirasai selepas kegembiraan, sama seperti kisah losernya.

Dia belajar untuk tidak lagi berharap cinta, dia fikir, dah tiba masanya dia terima realiti seadanya, tanpa perlu berharap panjang, kegembiraan cinta indah khayalan si pembuat drama.

Lelaki itu pun bunuh diri, kah kah kah, tapi, bukan di realiti, bukan fizikal, tapi, di alam fantasi; di alam minda dan hati, dia kosong, dia kosong kerna itu pilihan mujarab, baginya.
Dan, emo dia layan, kerna dia rasa emo itu, sesuai dengan jiwanya. Dia berjalan sama aku, tanpa harapan kegembiraan, tanpa harapan bahawa aku sebagai kawan, bisa gembirakannya. Dia diam, banyak diam, senyum palsu rutinnya, ketawa emo ritualnya, tapi, lagu, muzik, lirik, tidak bisa menipu, si pendengar, mungkin. Dan aku tidak tahu, sama ada lagu yang dia minat itu, aku tafsir secara neutral, atau tafsir itu aku telah letak nilai aku sendiri.

Lagu bertajuk Unravel itu dia minat, kisahnya juga dia minat, sama dengan aku, tapi, apa yang aku tahu, apa yang minda dan mata aku tafsir, dia itu seperti kesunyian, tapi aku juga suka akan kesunyian. Kenapa nak lari dari kesunyian andai kata persekitaran penuh hipokrit, mungkin penuh dengan kisah yang dia tidak bisa masuk ke dalam, dan mungkin juga aku tafsir sunyi itu berdasarkan kisah aku, bukan berdasarkan kisah dia. Tapi, bukankah sama, karekter mungkin.

'Jangan fall in love, nanti kau akan happy,' ayat yang dia selalu katakan. Aku tidak tahu apa maksudnya yang sebenar, tapi, apabila kau tengah pain, kau rasa apa penerangan sesuai untuk ayat itu? Dan apa pula penerangan yang sesuai untuk ayat itu, apabila kau ucapkan di saat kau rasa gembira? Jangan fall in love, you will happy, apabila budak emo bodoh itu berkata, kau rasa apa hati dan minda aku yang rosak ini akan tafsir?

Ulasan

Catatan Popular