~aku dan kita~
katanya:
Rasa lemas kerna cinta unrequited
Adalah indah dirasai, sangat-sangat indah
Apatah lagi ia dilayan sambil mendengar lagu
Yang bermelodi syahdu, sedih, sayu
Pada setiap di penghujung malam hari.
Ia memberi nikmat akan kekecewaan hidup
Hasil sebuah angan-angan ilusi cinta.
Hanyalah mereka yang sekelompok
Denganku sahaja
Faham apa maksudku, faham apa rasanya.
Tahukah kamu, andai dah selalu
Merasai cinta unrequited
Lama-kelamaan jiwa akan merindui
Rasa duka kerna cinta seperti itu
Andai tidak lagi merasai cinta itu?
Dan, akhirnya mencari lagi cinta
Tapi bukan mencari cinta sejati
Hanya mencari keindahan duka
Akan sebuah cinta unrequited.
Itu hasilnya, apabila dah lama
Dan selalu, merasai cinta tak berbalas
Dan tak pernah merasai cinta real.
Lagi, unrequited cinta juga indah dilayan
Apabila psikologi berteman kemurungan.
Lemas hasil unrequited cinta
Tambah lemas hasil kemurungan depresi
Indah dilayan, indah dirasai nikmatnya
Sangat-sangat indah nilai estetikanya.
Kerna itu, aku selalu menenggelamkan jiwaku
Dalam lautan duka cinta dan depresiku
Sambilku melayan kesyahduan melodi lagu
Dan, ia memberiku, betapa indahnya kesyahduan
Mengalahkan keindahan kegembiraan hidup.
Ulasan
Catat Ulasan